Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Moga Baik-Baik Untuk Uncle Azwan" - Naim Daniel Bidas Kenyataan Azwan Ali Buat Kali Kedua!

Hanafis Haris
12/02/2020 10:43 MYT
Penyanyi Naim Daniel sekali lagi tampil membidas pengacara Azwan Ali berhubung kenyataan yang dilakukan pada sidang media di Hotel Marriot Putrajaya, petang semalam.

Perkara itu dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya.

Menurut Naim, dia berterima kasih atas penjelasan berkenaan dan berharap Azwan sentiasa dalam keadaan baik.

"Salam Uncle Azwan, terima kasih atas pencerahan ini.

"Tak mengapa jika uncle Azwan kurang senang dengan lagu Sumpah, saya baru sahaja keluar lagu baru bertajuk Sembah.

"Harap uncle boleh dengar dan terima, insyaallah. Moga yang baik-baik untuk uncle Azwan. Allahumma Aamiin," katanya sebagai kapsyen.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji tindakan berani Naim itu.

Selain netizen rakan seperjuangan Naim seperti Noh Salleh, Ismail Izzani, Indah Ruhaila dan Andi Bernadee turut memberi kata-kata semangat terhadapnya.

Anda boleh lihat antara komen di bawah.

Salam Uncle Azwan, terima kasih atas pencerahan ini, tak mengapa jika Uncle Azwan kurang senang dengan lagu “ sumpah “ dari saya. Saya baru sahaja release lagu baru bertajuk “ SEMBAH “ . Harap uncle boleh dengar dan terima, insyaallah. Moga yang baik-baik untuk Uncle Azwan. Allahumma Aamiin. #sembahxnaim

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on


Terdahulu kecoh di platform Twitter apabila Azwan seakan menghina Naim.

Menerusi kicauan tersebut, Azwan mendakwa dia tidak mengenali Naim dan menganggapnya sebagai artis 'sangkak'.

Walaubagaimanapun semalam, Azwan tampil menjelaskan hentaman berkenaan ditujukan secara umum dan bukan tertumpu pada Naim semata-mata.

BACA: "Orang Ingat Saya Hina Dia Tapi..." - Label Naim Daniel Sebagai Sangkak, Azwan Ali Tampil Beri Penjelasan!
#AJL34 #AzwanALi #NaimDaniel