Penyanyi Ezlynn memberi gambaran seolah dia sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Menerusi Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye itu berkongsi foto seorang lelaki bersama kanak-kanak sedang mendirikan solat.

"Papa & Anak," tulisnya ringkas sebagai kapsyen beserta emoji berbentuk hati.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Ezlynn termasuk rakan-rakan industri mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan buatnya.

"Alhamdulillah...Happy for you dear, senyap-senyap ya. Semoga berkekalan hingga ke Jannah," tulis pelakon Lisdawati.

"Ya Allah...I'm happy for you sayang, semoga sentiasa berkasih sayang dan menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah," tulis penyanyi Haiza Hanafi.

"Congratulations!" tulis chef Anis Nabilah.

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin)


Gempak telah menghubungi Ezlynn untuk mendapatkan komen lanjut, namun tidak menerima sebarang respon setakat artikel ini ditulis.

Terdahulu, Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga bersama Adam Fahmy pada tahun 2011 dan bercerai pada 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.