,
Laman Utama

Mohammad Zaharif Bersiap Untuk Solat Jumaat Sebelum Dilanggar - "Dia Habiskan Susu Saya, Makan Mi ..."

Gempak
16/12/2023
10:50 MYT
Pelajar berusia 17 tahun, Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di sini semalam dalam persiapan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

BERITA TRENDING: Muhammad Zaharif Terseret 5 Meter Selepas Dilanggar

Abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, berkata menjadi rutin adik bongsunya itu berkumpul bersama rakan-rakannya setiap Jumaat dengan motosikal masing-masing setelah habis waktu sekolah di hadapan masjid berhampiran sementara menunggu waktu solat Jumaat.
"Semalam mungkin hari terakhir sekolah, mereka teruja jumpa kawan-kawan dan raikan dengan cara mereka sendiri berborak sambil berkumpul di hadapan masjid sebelum menunaikan solat Jumaat," katanya ketika ditemui media di kediamannya di Ipoh, Perak pada Sabtu.
Semalam, Mohammad Zaharif Affendi yang menunggang motosikal dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang dari sekolahnya di SMK Jati dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari dan kejadian itu tular di media sosial.

BERITA TRENDING: Pegawai Kanan Polis Ditahan Kes Langgar Pelajar Depan Sekolah

Susulan itu, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga pegawai kanan polis ditahan dan direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu, ibu mangsa, Mimi Julia Ismail, 50, berkata Allahyarham anaknya seorang yang sangat baik dan jarang menolak jika ada individu meminta tolong.
"Arwah dikurniakan kebolehan membaiki motosikal, malah sering membantu rakan-rakannya membaiki motosikal di rumah ini.
"Arwah memang berimpian mahu membuka bengkel perusahaan membaiki motosikal suatu hari nanti," katanya sebak.
Mimi Julia, yang mengusahakan kedai makan Restoran Mimiz berhampiran sekolah anaknya itu sejak sembilan tahun lepas, berkata anak bongsu dari empat beradik itu sejak seminggu lepas bertukar tabiat apabila gemar makan di waktu tengah malam.
Menurutnya dia ada menegur Mohammad Zaharif Affendi yang berat badannya semakin bertambah kerana makan malam dan menasihati anaknya itu kerana tabiat tersebut tidak sihat untuk kesihatan.
"Dia habiskan susu saya dalam peti sejuk, dia makan mi segera tengah malam, mulanya saya tak perasan tapi bila dia dah tak ada rupanya itu adalah petanda dia nak pergi," katanya.
Menceritakan detik ketika mengetahui tentang kematian anaknya, Mimi Julia berkata dia mengetahuinya daripada pelanggan yang makan di kedainya dan kejadian itu dilihatnya sendiri kerana kedai makan itu hanya 100 meter dari tempat kejadian.
"Saya tahu anak saya terlibat, tetapi saya tak sampai hati untuk lihat dia bergelut dengan ajalnya, jadi saya tidak pergi ke tempat kejadian itu, malah ke rumah mayat hospital juga saya tidak sanggup pergi," katanya.
Dalam pada itu, kakak Allahyarham, Nur Zawanie Muhd Zamrie, 28, yang juga seorang jururawat berkata dia yang hendak untuk ke tempat kerja berkejar dari kedai makan ibunya setelah mengetahui kemalangan itu melibatkan adiknya.
"Ketika saya pangku dia masih bernyawa, tetapi lemah. Dia hanya berkata sakit dada dan matanya tak nampak sebelum tidak sedarkan diri, saya cuba bagi bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu ambulans tiba tetapi dia tidak dapat diselamatkan," katanya.
Nur Zawanie berkata dia sekeluarga memohon agar siasatan dilakukan dengan telus walaupun kejadian itu melibatkan pegawai atasan polis.
"Biarpun adik buat salah, tetapi dia remaja mungkin dia tidak matang, tetapi bukan kuasa dia (pelaku) untuk ambil nyawa adik saya sebegitu, saya mahu keadilan untuk adik saya ditegakkan," katanya yang turut bercadang melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang. -- BERNAMA

PILIHAN PEMBACA: Calon SPM Maut Kemalangan Langgar Lari Dekat Sekolah

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Ronnie Hussein Sebak Impian Arwah Ibu Tak Kesampaian Tengok Beraksi Di Pentas GV – “Dia Percaya Yang Saya Boleh Buat & Banggakan Dia”

gempak
08/11/2024
01:50 MYT
Penyanyi Ronnie Hussein menyifatkan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 adalah masa terbaik untuknya membuktikan kemampuannya beraksi di pentas nyanyian.
Hiburan

Mahu Beri Momen Terindah, Ning Baizura Sertai GV 11 Kerana Ibu - “Bukan Untuk Menagih Simpati, Tapi…”

gempak
06/11/2024
11:55 MYT
Menurut pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu, antara sebab dia mahu menyertai program realiti popular itu adalah kerana mahu menghadiahkan momen indah buat ibunya, Satilah Abdullah yang kini menghidap dimensia.
Hiburan

Fatin Afeefa Hantar Anak Masuk Sekolah Tahfiz, Menangis Dengar Adam Baca Lafaz Janji Hafaz Al-Quran

gempak
05/11/2024
20:55 MYT
Pelakon, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak selepas menghantar anak sulungnya, Adam Aisy Arrian menyambung pengajian ke sekolah tahfiz.
Viral

Ibu Duduk Dengan Kepala Anak Dipenggal Kerana Pertikaian Nak Sambut Diwali

gempak
02/11/2024
02:49 MYT
Seorang warga emas di India sanggup duduk dan memangku kepala anaknya yang telah dipenggal kerana terlibat dalam pertikaian tanah pusaka.
Hiburan

Akui Masih Trauma, Insiden Kemalangan Banyak Mengubah Ikmal Amri - "Saya Cermin Balik Apa Yang Saya Dah Buat"

gempak
31/10/2024
12:55 MYT
Aktor yang popular dengan naskah Gantung itu berkata insiden itu banyak mengubah kehidupannya.
Unitar