HIBURAN
Mohon Berhenti Kaitkan Nabila Huda, Shila Amzah Dakwa Ada Sesuatu ‘Cucuk’ Amy Search - “He’s Not Alone
Susulan isu melibatkan Datuk Amy Search, penyanyi Shila Amzah memohon semua pihak berhenti mengaitkan anak kepada penyanyi legenda iaitu aktres Nabila Huda.
Menerusi perkongsian di Instastory, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, turut mendakwa kemungkinan apa yang berlaku berpunca daripada sesuatu yang membuatkan Amy menyerangnya.
“I have said my piece, please jangan kaitkan Abil in this. Tolonglah.

“And one more, cari tau benda dan tangan ajaib yang menyebabkan benda ni berlaku. He is not alone,” tulisnya.
Pada masa sama, pelantun lagu Patah Seribu itu turut meluahkan rasa kecewa dengan situasi yang berlaku kerana baginya, Amy tidak pernah bersikap sedemikian sepanjang tempoh dia mengenali sosok legenda itu dalam industri muzik.
“Sepanjang saya kenali nama beliau dalam industri 17 tahun lalu, beliau langsung tidak begini,” ujarnya.
Shila juga mengakui tidak berkesempatan untuk menyatakan pendiriannya secara lebih jelas pada malam tadı.
“I am sorry that i didnt get to say his name out loud dan dalam keadaan penuh camera dihadapan saya malam tadi menjadikan ia lebih teruk,” katanya.