gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nazrief Nazri Terima Permohonan Maaf Individu Fitnah Isteri Tapi….
RANCANGAN
GMW Giveaway: Konsert Raise The Star Malaysia Minggu 5
KELUANG MAN
Sasha Abdul Aziz Selamat Bersalin Anak Ketiga - “Alhamdulillah Lengkap Keluarga 2 Lelaki, 1 Perempuan, Saya Tutup Kilang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Boleh Berdamai Dengan Amy Search, Shila Amzah Letak 'Syarat' - "Bukanlah Saya Ada Ego Yang Tinggi Cuma..."

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
14/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Boleh Berdamai Dengan Amy Search, Shila Amzah Letak 'Syarat' - "Bukanlah Saya Ada Ego Yang Tinggi Cuma..."

Penyanyi, Shila Amzah tidak menolak kemungkinan untuk memaafkan dan berdamai dengan penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search selepas insiden serangan di konsert ulang tahun ke-20 Mr.DIY baru-baru ini.

Menurut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, dia tidak menyimpan perasaan dendam namun berharap ada perubahan sikap daripada pihak berkenaan sebelum sebarang langkah perdamaian dibuat.

“Untuk saya sendiri sejujurnya, saya berada di tempat yang agak sukar. Nak kata berdamai, bukanlah saya ada ego yang tinggi sehingga tak nak berdamai.

“Cuma saya nak tengok ada perubahan seandainya akan ada perubahan dari segi attitude, sebab perkara ini tak sepatutnya terjadi dalam industri kita. Tak kira apa status, ia tidak patut berlaku dalam industri kita.

“Kalau ada perubahan, siapa je tak lembut hati. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” ujarnya kepada media.

Dalam masa sama, pelantun lagu Memori Tercipta itu mengesahkan bahawa dia tidak pernah bertemu atau berhubung dengan Amy Search selepas insiden terbabit.

“Tidak sama sekali,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, Shila mendakwa telah diserang oleh seorang penyanyi legenda semasa sedang melakukan 'sound check' untuk konsert ulang tahun Mr.DIY.

Shila turut dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung insiden ini dan kes kini dalam siasatan.
Selain Shila, penyanyi yang turut memeriahkan konsert tersebut adalah Ella, Datuk Awie dan Datuk Amy Search.
Topic Berkaitan
#Amy Search
#Shila Amzah
#Berdamai
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement