“Mohon bersabar,” demikian kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai pembayaran i-Sinar yang sedang berjalan ketika ini.
KWSP dalam sebuah kenyataan berkata, permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai, hari ini.
Permohonan tersebut membabitkan pemohon yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dilaksanakan.
“KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan.
“Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” kata kenyataan tersebut.
Jelas KWSP lagi, permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac ini kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 mereka.
Perkara itu katanya termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.
“Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.
“Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online,” jelas KWSP lagi.
Fiza Kamarudin
Tue Mar 02 2021


Asmidar Cerita Detik Cemas Khemah Bazar Ramadan Hampir Diterbangkan Ribut - "Tak Ada Warning Langsung, Baru Nak Start Berniaga"
Simpati dengan nasib sebahagian peniaga yang terjejas akibat ribut kuat Selasa lalu...

"Tak Semua Orang Mampu Lakukannya" - Along Eyzendy Kagumi Semangat Isteri Derma Buah Pinggang Untuknya
Pengorbanan isteri tak ternilai buat Along...
![[EPISOD PENUH] Hati Yang Dikhianati - EP3 [EPISOD PENUH] Hati Yang Dikhianati - EP3](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1899885/6459687881618460523240_640x390.jpg)
[EPISOD PENUH] Hati Yang Dikhianati - EP3

"Seram Ye Dia Start Menyeringai & Gelak" - Shanell Harun Cuak Staff Kena Rasuk Selepas Terawih
Bulan puasa syaitan je kena ikat tapi jin masih bebas...

Besar Pahala Ibu-Ibu Yang Masak, Sediakan Juadah Berbuka Dan Bersahur. Air Tangan Ibu, Memang Tiada Bandingannya.
Walau ada yang membeli, atau cuma memetik suis periuk nasi, panaskan lauk-pauk itu dan ini, ucaplah terima kasih kepada isteri. Pasti hilang segala letih dan penat lelahnya.

“Henti Ambil Nasi Dan Roti, Berbuka Hanya Satu Lauk”- Cef Wan Jaga Makan, Berjaya Turun 5kg!
Nak ikut macam cara Cef Wan lah.

“Tak Tahu Bila Saya Boleh…”- 3 Tahun Tak Jumpa, Maya Karin Sedih Rindukan Keluarga Di London
Maya Karin Sedih Rindukan Keluarga Di London

Berteman Lama, Duet Ustadz Derry Sulaiman dan Takaeda Ditandai Lewat Lagu Tawakal
Sejak 2015 penyanyi dan penulis lagu Umaru Takaeda dan Ustadz Derry Sulaiman dipertemukan oleh Sang Pencipta dalam momentum silaturahmi

Fajar Umbara Jadi Tersangka, Yuyun Sukawati : Alhamdulliah, Abu Benar-Benar Senang
Diketahui H adalah anak Yuyun Sukawati dari pernikahannya dengan suami pertama sebelum dengan Fajar Umbara.

Bodyguard Dibelasah Kerana Berpuasa, Empat Individu Ditahan Polis
Semoga mendapat keadilan.