VIRAL

Mohon Maaf Gelar Lelaki Tak ‘Handsome’ Macam Katak, Jojo Ghazali; “Korang Janganlah Lurus Bendul Sangat”

Asyikin Mayudin 07/07/2025 | 23:55 MYT
Susulan kenyataan menggelar lelaki kurang tampan dengan panggilan katak, jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali tampil memohon maaf.

Mohon maaf

Anggap gurauan semata-mata, Johan atau mesra disapa Joko, 18, berkata, kenyataan itu ditujukan kepada segelintir individu yang mempersoalkan kejayaan yang diraih olehnya hanya berlandaskan rupa paras.

ARTIKEL BERKAITAN: “Malaysia Boleh Tapi Rakyat Dengki, Ubah Mentaliti B*ngang Ni” — Hanya Sokong Bila Menang, Jojo Ghazali ‘Sound’ Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Air Mata Johan Ghazali Tumpah Selepas Tewas Kepada Diego Paez - “Jojo Tak Nak Bagi Alasan Banyak”

"Asal ramai sangat terasa fasal isu itu (panggilan katak), aku minta maaf. Tapi korang janganlah lurus bendul sangat.

"Cuba fikir jika seseorang itu berusaha dari kecil, berlatih setiap hari tapi tiba-tiba orang cakap aku famous sebab handsome sahaja, korang sakit hati tak?

"Tetapi yang sakit hatinya bila aku capai satu perkara atau berjaya, orang hanya bercakap tentang muka aku. Sebab itu saya buat kenyataan untuk orang yang cakap aku berjaya disebabkab muka handsome aku panggil dia katak.

"Bukan aku cakap semua orang muka macam katak, jangan lurus bendul sangat. Tapi saya minta maaf sebab salah faham. Kalau tak suka aku tolong block,” katanya.

Jojo berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Kecerdasan minda seseorang

Dalam hantaran sama, anak kelahiran Sarawak ini turut menyentuh tentang tahap kecerdasan minda (IQ) seseorang.

"Tetapi berbeza dengan orang yang memiliki IQ tinggi, pasti mereka akan cakap mahu jadikan aku inspirasi. Hidup ini semua ada perspektif,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi satu video yang dikongsikan di entri sama, Jojo secara berseloroh menyamakan wajah lelaki kurang tampan dengan katak.

"Orang selalu cakap saya famous sebab saya handsome, bab* bukan salah aku muka kau tak handsome. Bukan salah aku muka kau macam katak,” katanya.

#Katak #Lelaki #Jojo Ghazali #Jaguh Muay Thai #Johan Ghazali