Skip to main content

Budaya Popular

Momen Adik Fattah Amin Berpelukan Mesra Dengan Sherry Ibrahim Raih Perhatian Ramai, Netizen Terharu; - “Sampai Menangis Rindu Sangat Tu…”

astrogempak_sherry-ibrahim-2.jpg
Pelakon, Sherry Ibrahim berjaya mendapat perhatian ramai apabila tular sepotong video memaparkan dirinya beramah mesra bersama peminat di sebuah majlis berbuka puasa. 
 

Peluk adik Fattah 

Apa yang menarik perhatian apabila video tersebut juga memperlihatkan,  Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41, didatangi adik kepada pelakon Fattah Amin, Raihan 
 
Mereka kemudiannya bersalaman sebelum berpelukan sambil tersenyum memandang ke arah wajah masing-masing.
 

@sherry_ibrahim

MasyaAllah Tabarakallah Thank You ALLAH swt 🤲🏻 🤍✨

♬ original sound - Sherryibrahim
Pada akhir video juga, kelihatan Raihan yang seakan menitiskan air mata selepas  memeluk Sherry.
 
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen teruja melihat momen tersebut.
 
Malah, ada juga yang sempat mengusik dan mengimbau kembali kenangan Sherry bersama Fattah yang merupakan bekas kekasihnya.
 
“Dia pun nak juga, so ada saingan nampaknya.
 
“Kali ni kasi jadi Sherry. Terharu tengok.
 

 

“Sampai menangis, nampak adik FA rindu sangat tu kat Sherry,” komen beberapa netizen. 

Advertisement

Must-Watch Video