HIBURAN

Momen Adik Fattah Amin Berpelukan Mesra Dengan Sherry Ibrahim Raih Perhatian Ramai, Netizen Terharu; - “Sampai Menangis Rindu Sangat Tu…”

Umirah Halim 15/03/2025 | 20:55 MYT
Pelakon, Sherry Ibrahim berjaya mendapat perhatian ramai apabila tular sepotong video memaparkan dirinya beramah mesra bersama peminat di sebuah majlis berbuka puasa.

Peluk adik Fattah

Apa yang menarik perhatian apabila video tersebut juga memperlihatkan, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41, didatangi adik kepada pelakon Fattah Amin, Raihan

Mereka kemudiannya bersalaman sebelum berpelukan sambil tersenyum memandang ke arah wajah masing-masing.

undefined Pada akhir video juga, kelihatan Raihan yang seakan menitiskan air mata selepas memeluk Sherry.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen teruja melihat momen tersebut.
Malah, ada juga yang sempat mengusik dan mengimbau kembali kenangan Sherry bersama Fattah yang merupakan bekas kekasihnya.
“Dia pun nak juga, so ada saingan nampaknya.
“Kali ni kasi jadi Sherry. Terharu tengok.

“Sampai menangis, nampak adik FA rindu sangat tu kat Sherry,” komen beberapa netizen.

Sekadar info, Sherry dan Fattah pernah menjalin hubungan cinta sebelum putus pada tahun 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir Ke Pusat Pameran Kereta, Suami Anzalna Nasir Puji Sikap Humble Fattah Amin - “Dia Datang Nak Cuci Mata Kereta Raya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Tersasul Sebut ‘Yang’ Pada Amira Othman, Peminat Usik Manja - “Hint Ni Cukup Jelas Ya”

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Sayu, Rasa Berbeza Sambut Ramadan Secara Solo - “Anggap Apa Yang Terjadi Ini Adalah Ditakdirkan”

#Sherry Ibrahim #Amin #Fattah #Peluk #Adik