Skip to main content

Budaya Popular

Uqasha Senrose Tak Melatah Rumah Tangga Didakwa Bergolak - "Dalam Perkahwinan Ada Pasang Surut, Kita Ni Manusia"

whatsapp-image-2024-11-01-at-10-04-21-am.jpeg

Pelakon jelita, Uqasha Senrose tampil mengulas dakwaan rumah tangganya bersama aktor Kamal Adli kini sedang bergolak.

Jelas Uqasha tenang, dia menafikan perkhabaran tersebut biarpun mengakui adakalanya berlaku pasang surut hubungan suami-isteri.
 

 
"Lagi satu tak mungkin kita nak kongsikan semua di media sosial. Itulah mulut manusia memang kita susah nak tutup.
 
"Saya pun tak berani nak bercakap lebih-lebih kerana ajal maut semua di tangan Tuhan.Tapi kami cuba pertahankan mahligai yang dibina," katanya ditemui media di set pengambaran Bisikan Dosa di Kuang, Selangor, baru-baru ini.
 
Kata Uqasha lagi, dia kini langsung tidak mempedulikan andaian netizen dan mula mengecilkan kelompok sosialnya demi kebaikan diri sendiri.
 
"Bagi saya sekarang ini apa yang lebih penting, kita jaga kesihatan emosi kita.
 
"Saya memang dah kecilkan circle saya, saya cuma ada Kamal, anak-anak dan keluarga. Itu kepentingan bagi saya.
 

"Perkara-perkara kecil macam ini semua saya nak tolak ke tepi," katanya.

 
Jelasnya lagi, dia dan Kamal sememangnya sentiasa mengambil sikap 'tidak peduli' dengan tohmahan yang mengganggu emosi mereka.
 
Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Hawra Uqaira.

Must-Watch Video

Advertisement