HIBURAN

Momen Erissa Puteri Berpelukan Dengan Ibu bapa Ketika Majlis Bersiram Undang Rasa Sebak - “Seorang Ayah Akan Sangat Sedih…”

Asyikin Mayudin 16/04/2025 | 06:55 MYT
Tular sebuah video memperlihatkan penyanyi Erissa Puteri yang sedang menjalani upacara bersiram yang dimuat naik di TikTok Budak Tadika.

Tangisan anak beranak

Menerusi perkongsian itu, Erissa yang sedang duduk di atas bangku tidak dapat menahan rasa sebak sehingga menangis apabila dipeluk ibu bapanya.

“Perasaan kali terakhir siramkan anak. Waktu kecil, mak ayah mandikan tetapi selepas ini dah bertukar tanggungjawab tersebut. Anak perempuan akan jadi amanah suaminya,” kongsinya.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak melihat momen indah antara Erissa dan ibu bapanya.

Selain juga membuat spekulasi Erissa bakal melangsungkan pernikahan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula Dengan Ceria Popstar, Erissa Puteri Tak Kisah Nama Lambat Panas Meski 10 Tahun Dalam Industri – “Saya Tak Terasa Sebab..."

ARTIKEL BERKAITAN: Erissa Puteri Kini Tunangan Daniel Iskandar, Tak Sangka Jodoh Datang Awal Di Usia 22 Tahun - “Kami Kenal Pun Tak Sampai Setahun”

“Seorang ayah akan sangat sedih melepaskan anak pempuannya kerana berkahwin sebab takut jika suami anak tak dapat menjaga anaknya dengan baik.

“Seronoknya jadi Erissa bapa dia cium dia macam tu nampk kasih sayang kat situ… kita mampu tengok saja.

“Mesti anak tunggal seorang ni… bahagianya anak dia dapat parent yang take care macam ni. Semoga dipermudahkan hidup dengan pasangan baru, jaga macam mak ayah dia jaga,” komen netizen.

Untuk rekod, Erissa sah bertunang bersama lelaki pilihannya yang bernama Daniel Iskandar pada Januari lalu.

undefined
#Majlis Bersiram #Ibu Bapa #Erissa Puteri #Adat bersiram #Tunang Erissa Puteri