Hiburan
Momen Ernie Zakri Menangis Usai Konsert & Anuar Zain, Ziana Zain Tak Henti Puji Buat Ramai Tersentuh - “Untung Ada Sokongan Dari Keluarga”
Umum mengetahui penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri telah mementaskan konsert solo sulungnya iaitu Aura Ernie Zakri Live In Concert pada 25 Januari lalu.
Biarpun sudah lebih seminggu berlalu, demam konsert yang penuh istimewa itu masih menjadi bualan ramai terutama peminat sejatinya.
Momen Anuar, Ziana Zain Tenangkan Ernie
Terbaharu, penganjur SAH Entertainment berkongsi sebuah klip rakaman yang memaparkan momen-momen konsert yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu.
Apa yang menjadi perhatian adalah momen pelantun lagu hits Masing Masing itu menangis di belakang pentas usai konsert berakhir.
Namun apa yang merasakan lagi sebak adalah ibu dan bapa saudaranya yang juga penyanyi popular, Anuar Zain dan Ziana Zain tidak henti memberi kata semangat selain memeluk erat Ernie.
“Don’t worry. You sing very well. Takpe sayang, you did very well. Fantastic, jangan risau,” puji Anuar Zain kepada Ernie.
“Jangan nangis. Bagus sangat. Awak bagus, the best,” ujar Ziana Zain sambil menenangkan Ernie.
“Kita happy, fans we’re screaming for you. You nyanyi bagus. Don’t worry about it,” tambah Anuar lagi.
Dalam klip tersebut turut memaparkan momen-momen Anuar dan Ziana berhibur gembira di konsert anak saudaranya itu.
Untuk info, Ernie disarankan untuk tidak berinteraksi dengan penonton atas nasihat doktor gara-gara terkena jangkitan keradangan pita suara sehingga menyebabkan dia kehilangan suara.
Namun, persembahan selama dua jam itu berjaya membuktikan profesionalisme Ernie dalam memberikan yang terbaik buat penonton terutama peminat.
Netizen Turut Tersentuh & Terharu Sokongan Keluarga
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak dengan perkongsian tersebut.
Malah ada juga yang menyifatkan isteri kepada penyanyi Syamel itu sangat beruntung mempunyai insan-insan baik yang sentiasa menyokong perjalanan karier seninya.
“Betul tu cakap Mak Long & Pak Ngah. U bagus & did very well Kak Ninie,” komen netizen.
“Semua sayang Kak Ninie. That show was flawless,” puji peminat.
“Bagus diorang selalu support, harap buat konsert besar lagi untuk Ernie,” tulis netizen lagi.
“MasyaAllah. She's blessed to have such support from her family,” komen netizen lain.