Aktor Datuk Farid Kamil akui seronok apabila dapat meluangkan masa bercuti bersama isteri dan anak-anaknya di Pulau Langkawi, Kedah.

Menurut Farid momen yang diluangkan bersama anak-anak dan keluarga adalah sesatu yang sangat berharga.

“Alhamdulilah percutian kali ni seronok kerana di Langkawi sekarang tenang sahaja tak ramai orang.

“Lebih seronok lagi saya dapat luang masa bersama anak-anak yang masih kecil dan perlukan perhatian.

“Percayalah momen ini tak akan kembali semula jika kita tidak mengambil peluang masa yang ada sepenuhnya,” katanya kepada Astro Gempak.

Beberapa hari lalu, isteri Farid yang juga pelakon Datin Diana Danielle memuat naik foto percutian mereka.

Girl racer @dianadanielleb and @faridkamilz checking out our Jet Ski Tours....!!!! #Langkawi #kedah #malaysia #beach #beachlife #islandlife #retismalaysia #holiday #seafood #seadoolife #megawatersports #jetski #jetskitourlangkawi

A post shared by #megawatersports (@megawatersports) on

Menurut Farid, dia akan merancang percutian untuk keluarga sekurang-kurangnya sekali setahun untuk meluangkan masa berharga bersama.

“Saya dan isteri bekerja tidak ikut masa tapi sibuk macam mana pun kami pasti akan rancang percutian bersama sekurang-kurangnya setahun sekali.

“Kami sudah lebih seminggu di sini dan selepas ini saya akan pulang ke kampung saya di Jitra untuk menyambut Hari Raya Haji,” katanya lagi.

Farid dan Diana berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Mengenai perkembangan lain, Farid kini muncul dalam drama bersiri Pelindung Seorang Puteri yang menghiasi slot Megadrama serta ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Lisa Surihani, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.

Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.

Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?

Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Istimewa buat para pelanggan Pakej NJOI, episod pertama drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ akan turut disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Kredit Foto: IG @megawatersports