Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Mommy, Anak Saudara, Nenek & Arfan Dah Jangkit .." - Satu Keluarga Mawar Rashid Jatuh Sakit

Zulaikha Yusof
19/12/2019 02:28 MYT
Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dirinya sudah dijangkiti virus demam selepas anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael positif Influenza A.

Namun, bukan sahaja Mawar malah beberapa orang ahli keluarga serta pembantu rumah turut sama jatuh sakit.

"Maaf baby mommy kena kerja. Mommy harap mommy boleh jaga awak.

"Sekarang mommy dalam perjalanan ke Fraser. Mommy pun dah jangkit ni. Be careful guys.

"Anak buah Mawar tiga orang dalam hospital. Nenek, maid dan Arfan dah jangkit influenza A.

"Kami semua dah jangkit. Be careful semua. Jangan kluar rumah sangat okay.. Bye @radenrafaelraf," tulisnya menerusi rakaman video di Instagram TV.

Selang beberapa jam menerusi sebuah entri terbaru, isteri kepada aktor Raf Yaakob ini menyatakan keadaan Rafael makin pulih.

Dalam pada itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid turut kongsi tanda-tanda jangkitan Influenza A yang dialaminya bersama Rafael.

"Rafael dah baik alhamdulillah. Btw, ramai yang mesej MekWa tanya apa simptom influenza ni?

"Based on my experience, influenza ni macam kita duk demam tu la. Tapi demam dia lain macam.

"Dia lebih sakit dari demam biasa. Macam mawar ni, dia tangkap kepala dulu.

"Sakit gila kepala, pastu jadi lemah, badan lenguh teruk, pastu selsema dan batuk.

"Tu semua tanda-tanda dia. That’s why zaman sekarang ni, kalau demam tolong la pergi jumpa doktor.

"Influenza ni senang gila jangkit. Jadi kena kuarantin.

"Rafael punya deman pulak, suhu dia sampai 40c, tu yang bergegas jumpa doktor, lepas tu terus dapat tahu positive influenza. Take care all. Sekarang ni memang musim influenza," kongsinya lagi.

I wish i can take care of you. Skrg mommy otw to fraser. Mommy pun dah jangkit ni. Be careful guys. Anak buah mawar 3 org dalam hospital. Nenek and maid and arfan dah jangkit influenza A. We all semua dah jangkit. Be careful semua. Jgn kluar rumah sgt okay.. bye ? @radenrafaelraf

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Rafael da better Alhamdulillah ? Btw, ramai yg DM MekWa. “Apa symptom influenza ni?” Based on my experience, influenza ni macam kita duk demam tu la. Tapi demam dia lain macam. Dia lebih sakit dari demam biasa. Macam mawar ni, dia tangkap kepala dulu. Sakit gila kepala, pastu jadi lemah, badan lenguh teruk, pastu selsema dan batuk. Tu semua tanda2 dia. That’s why zaman skrg ni, kalau demam pls la g jumpa doctor. Influenza ni senang gile jangkit. So kne quarantine. Rafael punya deman pulak, temperature dia sampai 40c, tu yang bergegas jumpa doc, lepas tu terus dapat tahu positive influenza. Take care all. Skrg ni mmg musim influenza.

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on


Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.

Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Dalam perkembangan terkini, Mawar sedang menjalani penggambaran drama rantaian berjudul TQ Captain.

Selain Mawar, drama TQ Captain turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Hisyam Hamid, Raf Yaakob, Mark Adam, Harris Annuar, Tomok dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama TQ Captain di slot MegaDrama mulai 9 Disember 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!
#Sakit #Mawar Rashid #Sakit
;