Hiburan
“Mommy Dah Pandai Buat Surprise” – Suami Malu-Malu Irma Hasmie Buat Kejutan Hari Jadi
Pelakon dan pengacara Irma Hasmie akui gembira berjaya membuat kejutan hari jadi untuk suami tercinta, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan.
Sambutan hari jadi Redza yang ke-37 itu disambut secara sederhana oleh mereka sekeluarga di sebuah hotel bertempat di Melaka.
Irma menerusi akaun Instagramnya berkongsi satu foto beserta ucapan khas buat suaminya.
“Subhanallah #01102018 Birthday 'boy’ #redza37birthday. Awal pagi tadi lepas hanta anak-anak pergi sekolah, saya buatkan goreng-goreng aje, tak ada buat kek pun sebab nanti dia bukan makan kek tuh. Lagi satu kena paksa amik gambar tak mandi, haha!
“@redzasyahazmeer, May Allah grant all your wishes and forgive your sins and past mistakes as daddy grow older. Ameen Ameennn!
“Moga kasih sayang Allah dan segala keberkatan dari Allah bersama dengan kita sekeluarga selamanya,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi entri terbaru di Instagram Redza, suaminya itu mengucapkan terima kasih kepada Irma kerana bersusah payah menyediakan makan malam istimewa sempena hari jadinya.
“Alhamdulillahirabbilalamin dapat kejutan dari Mommy @irmahasmie ... Lovely dinner with them, Jazakumullahukhair, terima kasih banyak-banyak sayang.
“Tidak dilupakan juga kepada abang irfhan & kakak naylie untuk kejutan. Mommy dah pandai buat surprise keke #islamisfirstclass #birthday #moment #appreciate #husbandwife #family,” tulisnya.
Terdahulu, Irma dan Redza telah berkahwin pada 29 Jun 2012.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Redza Syah Irfhan, 5 dan Irma Nur Naylie, 4.
Must-Watch Video