Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Mommy Dah Pandai Buat Surprise” – Suami Malu-Malu Irma Hasmie Buat Kejutan Hari Jadi

Mya Amri 03/10/2018 | 03:09 MYT
Pelakon dan pengacara Irma Hasmie akui gembira berjaya membuat kejutan hari jadi untuk suami tercinta, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan.
Sambutan hari jadi Redza yang ke-37 itu disambut secara sederhana oleh mereka sekeluarga di sebuah hotel bertempat di Melaka.
Irma menerusi akaun Instagramnya berkongsi satu foto beserta ucapan khas buat suaminya.
“Subhanallah #01102018 Birthday 'boy’ #redza37birthday. Awal pagi tadi lepas hanta anak-anak pergi sekolah, saya buatkan goreng-goreng aje, tak ada buat kek pun sebab nanti dia bukan makan kek tuh. Lagi satu kena paksa amik gambar tak mandi, haha!
“@redzasyahazmeer, May Allah grant all your wishes and forgive your sins and past mistakes as daddy grow older. Ameen Ameennn!
“Moga kasih sayang Allah dan segala keberkatan dari Allah bersama dengan kita sekeluarga selamanya,” tulisnya.

Subhanallah #01102018 Birthday 'boy'?? #redza37birthday . Awal pagi tadi lepas anta anak-anak pergi school sy buatkan goreng goreng aje, xde bake cake pun sbb nnt die bukan makan cake tuh. Lagi satu kena paksa amik gambar tak mandi, haha! @redzasyahazmeer May Allah grant all ur wishes n forgive ur sins n past mistakes as ddy grow older...ameen ameennn! ?? Moga kasih sayang Allah n segala keberkatan dr Allah be with us today n forever n ever ?

A post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

MashaAllah Naylie n Irfhan yg excited lebih ni... ? Walaupun actually this is our 2nd time kat Rosa Malacca @rosamalacca Semua pun in love with this hotel..orang orang n environment kat sini ?? Korang cuci cuci mata la kat web dorang www.rosa.com.my Nnt dalam masa terdekat ni nak booking online guna promo code 'IRMAHASMIE' Dapat la jimat.... ? #rosamalacca

A post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

Dalam pada itu menerusi entri terbaru di Instagram Redza, suaminya itu mengucapkan terima kasih kepada Irma kerana bersusah payah menyediakan makan malam istimewa sempena hari jadinya.
“Alhamdulillahirabbilalamin dapat kejutan dari Mommy @irmahasmie ... Lovely dinner with them, Jazakumullahukhair, terima kasih banyak-banyak sayang.
“Tidak dilupakan juga kepada abang irfhan & kakak naylie untuk kejutan. Mommy dah pandai buat surprise keke #islamisfirstclass #birthday #moment #appreciate #husbandwife #family,” tulisnya.

Alhamdulillahirabbilalamin dapat surprised dari Mommy @irmahasmie ... Lovely dinner with them, Jazakumullahukhair Thank you so much sayang... Not forgotten to abang irfhan & kakak naylie for the surprise... Mommy dah pandai buat surprise keke #islamisfirstclass #birthday #moment #appreciate #husbandwife #family

A post shared by Redza Syah Azmeer (Sky) (@redzasyahazmeer) on

Terdahulu, Irma dan Redza telah berkahwin pada 29 Jun 2012.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Redza Syah Irfhan, 5 dan Irma Nur Naylie, 4.
#pelakon #Irma Hasmie #Pelakon
;