Hiburan
“Mommy…” – Diana Nasir Kongsi Momen Sedih Anak Menangis, Lari Ketuk Pintu Bilik Bedah
Pengikut Instagram (IG) kakak kepada pelakon popular Anzalna Nasir, sebak apabila menonton video detik-detik sebelum Diana Nasir memasuki dewan bersalin.
Diana menerusi kemaskini terbaru di IG telah memuat naik video pendek merakamkan anak kembarnya, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena menangis sebaik sahaja melihat ibunya yang duduk di atas katil hospital dibawa masuk ke bilik bersalin.
Paling sedih apabila salah seorang anaknya berlari dan mengetuk pintu yang telah ditutup sambil menangis teresak-esak.
Menerusi entri itu juga, Diana memberitahu itu merupakan antara momen yang paling sukar dalam hidupnya.
“#TB- Tinggalkan kembar lagi sakit dari nak bersalin! Ini merupakan detik yang paling sukar dan sedih untuk saya hadapi tetapi saya tidak boleh menangis di hadapan mereka.
“Mereka berdua menjadi semakin manja sejak nak jadi kakak kawasan. Memang kita sayang semua anak-anak tetapi ada sesuatu yang unik tentang kelahiran pertama.
“Momma sayangkan kamu berdua selama-lamanya Darleesa dan Darleena. @the_angguns #icriedsohardthatday #mymanjagirls #forevermommasgirls,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kapsyen yang ditulis Diana.
“Yes. Betul tu, saya tiga hari di hospital masa nak bersalin anak nombor 2… Memang tak sampai hati sangat nak tinggalkan anak. Sampao nangis sorang-sorang sebab teringatkan dia,” tulis @ummi_norul
“Saya pun menunggu hari. Rase macam tak sanggup nak pisah dengan first born dan dia pun makin perangai bila adik dia nak keluar. Selamat berpantang K. Dee,” komen @Nhidayro
Diana selamat melahirkan anak keduanya, Anggun Darniella pada 10 November lalu.
Foto: Instagram @diananasir86
Must-Watch Video