Pelakon, Mona Allen memaklumkan dirinya selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Selasa.


Baby boy sihat


Berita gembira itu dikongsi oleh isteri kepada pelakon, Pekin Ibrahim ini menerusi hantaran terbaharu di akaun Insta Story miliknya.

Menurut Mona, dia selamat melahirkan bayi lelaki pada waktu Maghrib.

“Saya dah selamat bersalin semalam waktu Maghrib. Insya-Allah, kita akan kongsi gambar baby tidak lama lagi. Sekarang tengah rehat nanti saya update okay,” tulisnya.

BERITA TRENDING: "Jangan Tanya Dah Kenapa Saya Gemuk" - Mona Allen Umum Hamil Anak Kedua



Dalam hantaran yang sama, Mona juga turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan urusan bersalinnya.

“Terima kasih semua yang DM doakan saya dan baby. Maaf tak dapat nak balas sorang-sorang.

“Terima kasih semua. Alhamdulillah. Syukur semua baik-baik sahaja,” coretnya.

BERITA TRENDING: Pekin Ibrahim Terima Petua Pelik Untuk Dapatkan Zuriat - “Bila Bersama Kena Buka…”

BERITA TRENDING: “Dah Bagi Ubat, Kalau Tak Baik Kena Sunat…” - Anak Mona Allen Alami Jangkitan Pada Kemaluan


Untuk info, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Petra Pekin yang kini mencecah usia tiga tahun.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?


Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air.

Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.