Di persidangan maya Kre8tif! 2020 yang telah dianjurkan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak telah mengejutkan para peminat semasa pembentangannya yang bertajuk 'Fly With Monsta’.
Dalam pembentangan itu, Nizam telah berkongsi perancangan Monsta untuk masa hadapan serta mendedahkan maklumat-maklumat menarik tentang filem terbaharu mereka, ‘Mechamato Movie’.
Filem tersebut mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Amato, yang secara tidak sengaja telah menjadi tuan kepada robot bernama MechaBot.
MechaBot merupakan sebuah Power Sphera yang mempunyai kuasa untuk bertukar menjadi apa sahaja objek.
Amato dan MechaBot perlu bekerjasama dan bergabung menjadi adiwira Mechamato untuk melindungi bandar mereka daripada musuh yang jahat.
Siri animasi ‘Mechamato’ bertempat di Kota Hilir, yang diilhamkan dari Bandaraya Melaka dan akan menampilkan unsur-unsur budaya Malaysia yang unik seperti Silat, budaya Peranakan, dan makanan-makanan tempatan disulami dengan elemen-elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa.
Dalam pembentangannya, Nizam telah berkongsi gambar terbaharu Amato bersama rakan-rakannya—MechaBot, Pian, Mara, Deep, berserta watak-watak sampingan Bula dan Bili.
Walaupun ‘Mechamato Movie’ pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2020, ia telah ditangguhkan ke tahun 2021 akibat penularan wabak virus COVID-19.
Pembikinan filem tersebut kini telah disambung semula dan Monsta juga telah berjaya menandatangani perjanjian dengan sebuah penyedia rangkaian yang akan diumumkan kelak untuk menayangkan siri animasi ‘Mechamato’ di rantau Asia Pasifik termasuklah negara Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Penangguhan tersebut juga telah menyebabkan tarikh tayangan untuk filem mereka yang berikutnya, ‘BoBoiBoy Movie 3’, dianjak ke tahun 2022 untuk memberi laluan kepada ‘Mechamato Movie’.
Pada asalnya, Monsta telah bercadang untuk menayangkan ‘BoBoiBoy Movie 3’ pada tahun 2021 sempena ulang tahun ke-10 francais ‘BoBoiBoy’, namun sambutan tetapakan diteruskan dengan animasi satu jam ‘BoBoiBoy Galaxy Special’ tahun hadapan.
Para peminat ‘BoBoiBoy’ juga tentu gembira mendengar berita bahawa Monsta sedang menghasilkan sebuah siri mini bertajuk ‘Destinasi Terbaik’ yang telah dicipta sebagai usaha untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan tempatan yang terkesan akibat COVID-19.
'Destinasi Terbaik’ akan menggabungkan animasi 3D dengan latar belakang dunia nyata untuk membawa BoBoiBoy dan rakan-rakan untuk menikmati aktiviti-aktiviti menarik, pemandangan-pemandangan yang indah, dan sajian-sajian enak di dalam Malaysia.
Akhir sekali, filem 2019 Monsta ‘BoBoiBoy Movie 2’ ternyata kekal hangat setahun selepas tayangannya di pawagam.
Filem tersebut telah ditayangkan di Astro First, Astro Ceria, Netflix, dan rangkaian televisyen Indonesia, RTV.
Bukan itu saja, Monsta juga sedang dalam perancangan untuk menayangkan ‘BoBoiBoy Movie 2’ di pawagam di serata negara Turki, China dan Amerika Syarikat.
Kamaruddin Razal
Mon Sep 14 2020
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.
Filem SHERIFF Dengan Kutipan RM100 Juta? Zul Ariffin Buka Rahsia Hampir… | GMW Highlights
Siapa dah tengok filem SHERIFF? Kalau belum, korang memang rugi sebab filem ni memang terbaik! Dengar apa yang Zul share ni!
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW Highlights
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#GMWHighlights
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.