Hiburan
Moratorium Atau Tidak? Keputusannya Jumaat Ini
Keputusan sama ada kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan moratorium atau tidak akan diketahui Jumaat ini.
Menerusi laporan Astro Awani, perkara itu dimakluumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri.
“Jumaat ini kita ada pembentangan Belanjawan 2021.
“Jadi untuk mengetahui sama ada inisiatif itu dilaksanakan kena tunggu Jumaat ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Abd Rahim ketika menjawab soalan tambahan berhubung pemberian projek runding terus melalui Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan ketika pandemik COVID-19 memberitahu, beliau tidak mempunyai sebagai maklumat mengenai perkara itu.
"Dalam pakej yang dilaksanakan itu, saya tidak ada maklumat adakah ia diberi secara runding terus," ujarnya.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan bantuan moratorium bermula 1 April lalu hinggga September.
Bank tempatan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS ) pada masa yang amat mencabar ini.
Walaubagaimanapun, bermula Oktober, peminjam perlu menyambung pembayaran hutang bank sedia ada.
Sumber : Astro Awani
Gambar : Astro Awani
Must-Watch Video