Laman Utama

"Move On, Jangan Fikir Apa Yang Sudah Jadi" - Bella Astillah

Amri Hassan
11/07/2022
11:50 MYT
Kisah pasangan suami isteri ini, Bella Astillah dan Aliff Aziz sentiasa menjadi sorotan media. Malah, keintiman dan kemesraan dicipta membuatkan seluruh peminat mereka turut jatuh cinta.
Episod kelam dilalui menjadi pengalaman paling berharga dan pelajaran terbesar dalam diri mereka. Enggan menoleh ke belakang lagi, jalan lurus di depan mata terbentang luas buat mereka untuk menikmati detik indah bersama.
Percaya dengan setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya, Bella dan Aliff kian merasai setiap kurniaan Allah SWT kepada mereka. Berikrar untuk terus bersama, telus mencintai dan menghargai pasangan, Bella dan Aliff terjemahkan dalam single Tetap Di Sini.
Lagu ciptaan Mingaling, Amir Hasan, Ezra Kairo dan Roysten serta lirik oleh Amir Hasan, Ezra Kairo, Roysten, Bella Astillah dan juga Aliff Aziz itu buat pertama kali menampilkan Bella berkolaborasi dengan suami tercinta.
Bella, 28, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, lagu Tetap Di Sini cukup dekat dengan apa yang dirasai dan dilalui kini.
"Ketika proses penulisan lagu, alhamdulillah saya dan Aliff diberi kesempatan untuk menulis lirik juga dalam lagu ini. Perasan tentu saja gembira, sebab lagu ini dekat dengan apa yang saya rasa sekarang.
"Lagu ini lebih kepada ‘move on’ jangan fikir apa yang sudah pernah terjadi tapi lebih menghargai dengan apa yang ada sekarang," katanya.
Menurut Bella juga pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh, sewaktu proses rakaman lagu Tetap Di Sini dia ditemani suaminya, Aliff.
"Proses rakaman sangat mudah, alhamdulillah. Sebab Aliff menemani dari awal sehingga tamat rakaman. Dan sebab lagu ni sangat ‘catchy’ jadi mudah untuk saya sampaikan dan lebih ‘fun’.
"Dalam masa sama, ketika merakamkan lagu ini ada juga cabaran dilalui apabila saya dan Aliff ada pandangan yang berbeza. Jadi, kami perlu berbincang sebaiknya bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Tapi, segalanya okay saja," katanya.
Bella yang kali terakhir merakamkan lagu Tenang pada 2020 meluahkan rasa syukur dan bertuah apabila dapat bekerjasama dengan ramai individu yang berbakat dan profesional.
"Sepanjang proses rakaman dan menyiapkan lagu ini, saya bersyukur kerana setiap individu yang terbabit sangat mudah untuk bekerjasama dan ‘talented’. Sekaligus menjadikan penghasilan lagu ini lancar.
"Harapan saya semoga lagu ni mendapat tempat dalam kalangan peminat dan pendengar kerana ini lagu pertama yang saya ‘feat’ dengan Aliff. Dan kebanyakan lirik memang ikhlas dari hati saya. Insya-Allah.
"Saya juga tidak sabar untuk mengetahui maklum balas daripada pendengar apabila lagu ini dilancarkan kelak. Saya terbuka dan setiap komen yang membina itu saya ambil dan jadikan rujukan pada masa akan datang," katanya.
Tetap Di Sini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala lirik video oleh ditonton di laman YouTube Universal Music Malaysia bermula dari 6 JULAI 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.