Skip to main content

Budaya Popular

"Move On Sentiasa Susah, Tapi Allah Ada Rancangan Lebih Baik" - Raf Yaakob

astro_gempak_raf-yaakob-kongsi-cara-move-on.jpg

Dalam hantaran di TikTok, Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob menjawab soalan netizen tentang bagaimana dia sentiasa kelihatan tenang walaupun sudah berpisah dengan insan yang tersayang.

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, Raf mengakui untuk melupakan seseorang yang disayangi sememangnya sukar namun berpesan agar sentiasa menerima ketentuan takdir.
 

???

Dalam pada itu, Raf turut berpesan supaya tidak membenci bekas pasangan sebaliknya hanya mendoakan yang terbaik walaupun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan.

“Jangan pernah membenci seseorang (pasangan). Sebab perkara sebegini tidak boleh dipaksa, ia berlaku secara natural.

“Jadi doakan yang terbaik untuk orang tu dan berlalu pergi kerana akan ada hari di mana ada insan yang akan menghargai kamu berdasarkan apa yang kamu berikan ketika dalam perhubungan,” ujarnya.

Sekadar info, Raf mendirikan rumah tangga bersama Mawar Rashid pada tahun 2017. 

Pasangan berikut bagaimanapun berpisah pada November 2023 atas dasar tiada lagi persefahaman.

Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid Kongsi Video Tidurkan Anak, Netizen Pula Salahkan Bekas Suami

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

 

ARTIKEL BERKAITAN: “Sepanjang Perkahwinan Saya Tak Ada Orang Lain,” - Raf Yaakob Mengaku Video Jumpa Pengganti Hanya Gimik

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tiada Pihak Ketiga, Begitu Juga Bekas Isteri Saya" - Raf Yaakob

Must-Watch Video

Advertisement