Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Muat Naik Foto Bersama Jejaka Misteri, Elfira Loy Jawab Siapa Lelaki Itu

article-author-avatar
Syafiqah Jalal 21/08/2018 | 03:34 MYT
Muat Naik Foto Bersama Jejaka Misteri, Elfira Loy Jawab Siapa Lelaki Itu
Dua hari lepas kecoh apabila pelakon Elfira Loy memuat naik foto bersama seorang jejaka di akaun Instagram (IG) miliknya.
Namun foto tersebut tidak menunjukkan sepenuhnya wajah lelaki tersebut menyebabkan ia menjadi tanda tanya ramai.
[BACA: Netizen Spekulasi Elfira Loy Ada BF Baru... Ye Ke?]
Namun malam semalam, menerusi IG Storynya peminat telah bertanyakan siapa jejaka tersebut.
Meskipun menjawab soalan tersebut, namun Elfira sekali lagi buat ramai tertanya-tanya siapakah lelaki itu sebenarnya.
Elfira dengan ringkas dan bersahaja menjawab:
“Model poster,” tulisnya.
Namun entri di IG Story nya itu sudah dipadam pagi ini.
Terdahulu foto tersebut telah menimbulkan spekulasi bahawa Elfira kini telah bertemu pengganti dan lelaki yang berada di dalam foto tersebut merupakan teman lelaki baru Elfira.
Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi namun jodoh mereka tidak kesampaian.
Foto: IG Elfira Loy
#pelakon #Elfira Loy #Sufian Suhaimi #Pelakon #BF Baru