Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Muat Naik Foto Kenangan Filem Papadom, Liyana Jasmay Ingin Lebih Banyak Filem Bertema Kekeluargaan

Zulaikha Yusof
25/07/2019 05:37 MYT
Pelakon Liyana Jasmay mempersoalkan keadaan industri perfileman yang sering memilih untuk mengeluarkan filem bergenre aksi berbanding tema kekeluargaan.

Menurut Liyana, dia berpendapat filem kekeluargaan mampu mendidik masyarakat untuk menjadi manusia yang baik.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Liyana memuat naik foto kenangan semasa filem lakonannya, Papadom memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 22 (FFM22).

"Jumpa gambar ini di online. Oh cepat masa berlalu. Ini ketika 10 tahun lalu. Papadom menang filem terbaik. Saya masih ingat perasaan teruja dan gembira.

"Filem yang menyentuh perasaan, kasih sayang keluarga, keseronokan dan penuh rasa. Kenapa kita tak boleh bikin filem seperti ini lagi?

"Kenapa semua perlu jadi serius, jadi laju, jadi takut, tembak-menembak, berlawan, kereta lumba dan kekurangan emosi.

"Saya secara peribadi rasa kita perlukan genre ini untuk didik masyarakat supaya sentiasa menjadi manusia yang baik dan mempunyai belas kasihan," tulisnya.

Rata-rata pengikut turut bersetuju dengan kenyataan Liyana dan berharap akan ada lagi karya seperti filem Papadom.

"@aliciaamran: I wish there are more movies like Papadom. It's a simple story but very meaningful and enjoyable."

"@arohamelati: Agree! Dah lama tiada filem bergenre kekeluargaan dan komedi. Sekarang asyik-asyik hantu, khurafat, tembak-tembak and dan lain-lain."

"@babymapatchwork: Yes @liyanajasmay setuju dengan you. Rasa benda yang sama."

Selain Liyana, filem Papadom turut dibintangi oleh Datuk Afdlin Shauki, Scha Alyahya, Noorkhiriah, Vanidah Imran, Datuk Farid Kamil dan ramai lagi.

Found this pic online. Ouh my how time flies. This was 10 years ago. Papadom won Best Film. I can still remember the feeling of excitement and happiness. A heartwarming film, family loving, fun and penuh rasa. Why can't we make these kind of film anymore? Why everything has to be so serious, so fast, so scary, gunshots, fighting, fast auto mobile and lack of human emotions. I personally feel that we need these genres too, to educate people to still be kind, be a good human being and to have compassion. #hereistohoping

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on

#pelakon #Liyana Jasmay #Pengarah #Pelakon
;