Muat Naik Foto Sedang Dikafankan, Kapsyen Johan As'ari Buat Pengikutnya Tersentuh

Kamaruddin Razal
Disember 19, 2018 11:34 MYT
Pelakon Johan As'ari memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya sedang dikafankan menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Tidak dapat dipastikan sama ada foto terbabit merupakan sedutan adegan drama yang sedang dilakonkan oleh Johan atau diambil ketika Johan sedang menghadiri kursus pengendalian jenazah.
Namun begitu, perkongsian Johan menerusi ruangan kapsyen menyentuh hati peminat dan pengikutnya.
"Apa yang ada di alam sana ya sobat-sobat ku. Terima kasih kepada yang sudi menghantarkan aku kepadaNya baik yang memimpin, yang memandikan, yang mengkafankan, yang sembahyangkan jenazah ku kelak, yang akan memasukkan diri ku ke liang lahad, yang bakal membimbing ku di saat-saat akhir, mahupun yang mendoakan..
"Tamat sudah peranan ku. Sehingga kita berjumpa lagi, moga-moga di firdausi. Andai bila di syurga nanti tiada aku di sana biarlah diri ini mensucikan dosa," tulis Johan.
Rata-rata peminat turut berdoa agar pengakhiran hidup mereka ketika dijemput oleh Allah kelak akan dipemudahkan.
Johan mula dikenali sebagai seorang pelakon semenjak tahun 2010 dan masih aktif sehingga kini.
#pelakon #Johan As'ari #Pelakon