Selebriti popular, Scha Alyahya berkongsi sekeping gambar bersama selebriti dan sosialit popular, Marion Caunter.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Gambar itu diambil di sekitar sebuah majlis jenama barang kemas mewah di Kuala Lumpur.

"Always efforlessly cool, Marion Caunter," tulis Scha sebagai kapsyen.

Always effortlessly cool @marioncaunter ♥️ #bvlgarimalaysia

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on


Lebih menarik lagi apabila Marion turut memuat naik gambar bersama isteri Awal Ashaari itu di akaun Instagramnya.

"Some say we look alike, what do you think?" tulis Marion di ruangan kapsyen.

Some say we look alike. What do you think?

A post shared by marioncaunter (@marioncaunter) on


Menjengah di ruangan komen kedua-dua selebriti jelita ini, rata-rata netizen bersetuju mengatakan mereka seiras, ada juga yang mengatakan mereka kelihatan seperti pasangan kembar.