Muat Naik Lagu Waiting In Vain, Netizen Speku Sharnaaz Ahmad Sedang Bersedih? - “Kuatkan Semangat Demi Jebat”
Hanafis Haris
19/03/2021 04:52 MYT
19/03/2021 04:52 MYT
Hari ini merupakan momen indah buat pasangan, Noor Nabila dan Engku Emran apabila mereka sah diijabkabulkan.
Noor Nabila, 36, melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, kira kira jam 10.02 pagi tadi di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor berwakilwalikan bapa kandungnya.
BACA: Spekulasi Terjawab! Sah, Engku Emran & Noor Nabila Bernikah Hari Ini
Namun, dalam perkembangan lain, netizen mula membuat spekulasi tentang keadaan bekas suami Nabila iaitu Sharnaz Ahmad.
Beberapa netizen dilihat cuba merungkai maksud posting Sharnaaz di Instagram Storynya yang memuat naik lagu Waiting In Vain nyanyian Bob Marley.
“Kenapa i rasa story Sharnaaz macam sedih”
“I pun rasa ‘waiting in vain’ - penantian yang sia-sia”
“Hari tu perasan Sharnaaz cakap dekat Jebat ‘U ada ayah seorang je tau’ sedihnyaaa”
“Sebak pula tengok Insta Story Sharnaaz, kuatkan semangat demi Jebat” tulis beberapa netizen.
Untuk makluman, Gempak masih menunggu kenyataan Sharnaaz berhubung perkahwinan Nabila.
“InsyaAllah soon saya akan komen ya” katanya ringkas.
Untuk rekod, Nabila bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.
Engku Emran pula berpisah dengan bintang Indonesia, Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres, Erra Fazira dan dikurniakan cahaya mata, Engku Aleesya.