Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Muaz Zabir Nafi Tumpang Populariti Bella Astillah - “Saya Tak Pernah Hubungi Bella Untuk Minta Job”

Khairil Khusyairi
05/10/2024 07:55 MYT
Pelakon Muaz Zabir menganggap pengalaman menjayakan lakonan dalam video muzik lagu Tapi Bukan Denganmu nyanyian Bella Astillah adalah peluang terbaik duat dirinya.

Berlakon Dalam MV Bella

Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, 26, begitupun akur sekiranya peminat terus mengaitkan dia bersama Bella kerana mereka hanya menjalankan tanggungjawab.

"Saya dah bekerjasama dengan ramai artis lain, tetapi tetap yang ini juga orang nampak. Kalau orang mahu kaitkan saya dengan Bella apa salahnya jika ia tidak memberi impak negatif.

"Apa yang dilakonkan dalam MV tersebut itu adalah watak saya bukan orang dalam MV tersebut. Jadi tidak tahu apa kaitannya dengan saya.

"Saya teruja diberi tawaran terlibat dalam MV ini sebab pengalaman baru berlakon tanpa dialog. Ini peluang baik dan saya harus cuba," katanya.

Muaz ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu dan muzik video Tapi Bukan Denganmu, di ibu kota pada Jumaat.

Hanya Galas Tanggungjawab

Dalam pada itu, Muaz turut menegaskan watak yang dilakonkan dalam video muzik tersebut adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya.

"Itu karakter yang diberikan dan saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon. Jika orang benci watak tersebut maka menjadilah lakonan saya.

"Itulah kisah sebagai seorang penyanyi kerana dia boleh lontarkan emosi dalam lagu. Sebagai pelakon pula saya perlu sorokkan emosi sendiri untuk lontarkan emosi orang lain," luahnya.

Nafi Tumpang Glamour Bella

Disoal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia menumpang nama dan populariti Bella, ini jawapan Muaz.

"Saya tak pernah (menumpang). Saya ada pengurusan dan platform sendiri. Tiada istilah menumpang populariti. Saya pun tidak pernah hubungi Bella untuk minta job.

"Saya tak tahu orang bercakap tentang itu, ketika saya terpalit dengan kontroversi tersebut, itulah yang membantu untuk orang bercakap demikian.

"Tetapi nak cakap macam mana. Orang yang bercakap tentang kontroversi antara kami. Bukan saya yang minta," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir Berteka-Teki, Biar Netizen Buat Andaian Siapakah Pemilik Tangan – “Kalau Bella Sekali Pun, Dia Bukan Isteri Orang Lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia Wanita Kuat" - Muaz Zabir Doa Yang Baik-Baik Buat Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Pernah Terfikir Nak Ada Hubungan Dengan Isteri Orang, Muaz Zabir Hanya Sekadar Mendengar Keluhan Bella

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap Disamakan Dengan Wajah Aliff Syukri! Semak Fakta Menarik Tentang Muaz Zabir, Jejaka Yang Dikaitkan Rapat Dengan Bella Astillah

#Bella Astillah #Glamour #Populariti #Tumpang #Muaz Zabir #Tapi Bukan Denganmu
;