Terkini

Tak Pernah Terfikir Nak Ada Hubungan Dengan Isteri Orang, Muaz Zabir Hanya Sekadar Mendengar Keluhan Bella

gempak
Umirah Halim
07/04/2024
08:00 MYT
Sponsor Banner
Tak Pernah Terfikir Nak Ada Hubungan Dengan Isteri Orang, Muaz Zabir Hanya Sekadar Mendengar Keluhan Bella
Pelakon baharu, Muaz Zabir tampil memberi respons susulan namanya yang hangat dikaitkan dengan pelakon Bella Astillah baru-baru ini.

Tiada Niat Jadi Orang Ketiga

Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 27, berkata, niatnya hanya sekadar membantu Bella untuk mendapat perhatian daripada suaminya, Aliff Aziz dan tidak pernah berniat menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Bella.
"Tiada apa-apa hubungan pada awalnya, saya hanya menjadi pendengar luahan Bella dan perasaan ihsan itu berubah menjadi kasihan dengan apa yang berlaku.
"Saya diberitahu Bella mahu buat Aliff cemburu dan sebagai rakan saya ingin membantunya dan sumpah tiada niat nak memporak-perandakan rumah tangga mereka.
"Niatnya adalah mungkin dengan kami buat collaboration post dapat membuatkan Bella mendapat perhatian Aliff," katanya.
Muaz menjelaskan perkara itu menerusi temu bual bersama program hiburan tempatan yang disiarkan pada Ahad.

Muaz Akui Khilaf

Dalam pada itu, Muaz turut mengakui kekhilafannya selain menerima pandangan dan kecaman netizen berhubung isu membabitkan dia.
"Cerita ini sangat memberi tekanan kepada saya dan juga Bella sendiri.
"Saya tak dapat nak halang persepsi masyarakat, itu adalah hak mereka atas kekhilafan saya," katanya lagi.
Tambahnya, dia juga memilih untuk mendiam diri sementara isu berkenaan sedang hangat diperkatakan bagi mengelakkan keadaan semakin keruh.

Kes sudah selesai

Muaz bagaimanapun memberitahu bahawa perkara tersebut telah diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak dan dia juga sudah mengambil langkah melupakannya sejak tahun lalu.
"Hal ini sebenarnya telah selesai tahun lepas lagi dan kami telah mendapat kata sepakat daripada keluarga Bella dan Aliff untuk 'move on' daripada kejadian ini.
"Ini adalah salah saya dan kekhilafan saya dan Bella sendiri. Keluarga Bella tiada kena mengena dengan hal ini dan tidak tahu apa yang terjadi antara kami.
"Saya menghormati keputusan Bella dan juga keluarga untuk memperkatakan apa-apa isu yang tular sekarang ini bagi tidak memudaratkan keadaan adalah lebih baik saya berdiam diri dahulu supaya tidak keruhkan keadaan," ujarnya.
Terdahulu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menjelaskan hubungan yang terjalin di antara mereka hanya sekadar rekaan untuk membuatkan suaminya iaitu Aliff Aziz berasa cemburu.
Menurut Bella, foto dan perbualan dia dan Muaz dibuat tahun lalu ketika Aliff berlaku curang dengan dua orang wanita lain yang enggan disebut namanya.
Malah Bella juga mendedahkan hanya Aliff mempunyai salinan kesemua foto dan tangkap layar yang tersebar.
Kisah Bella bersama Muaz mula mendapat perhatian ramai apabila pengguna seorang pengguna TikTok dikenali @edisiumat memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan dan foto mereka.
Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu selain mereka kerap berkongsi foto rutin harian dalam mesej yang dihantar.
Untuk info, pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWl) di sebuah kondominium di ibu negara.
Susulan itu, Bella memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun sebutan kedua permohonan berkenaan pada 4 April lalu tidak berjalan seperti diharapkan.
Aliff ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayangkan isterinya.
Untuk rekod, pada 2019, pasangan itu pernah bercerai talak satu namun mereka kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia 7 dan 4 tahun.

Berita Trending: “Kalau Betul Aliff Masih Sayang, Kenapa Dia Buka Aib Saya?” - Bella Astillah

Berita Trending: “Hanya Dia Yang Ada Gambar Saya Dan Muaz” - Bella Akui Khilaf, Hanya Mahu Buat Aliff Cemburu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live