Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

Firdaus
19/09/2024 07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.

Tak Pernah Rancang

Menurut Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir berkata, dia dan Bella tidak pernah merancang untuk menggayakan pakaian dengan rona yang sama.

"Ia hanya satu kebetulan. Tadi pun saya sempat bertemu Bella dan masing-masing mengenakan warna pakaian yang sama untuk acara ini.

"Tapi percayalah kami tak pernah merancang atau saya ajak dia untuk pakai warna busana sama. Lagipun warna putih yang saya gayakan ini memang warna pilihan saya dalam kebanyakan acara yang dihadiri," katanya.

Muaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pengumuman Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH 36) di Hotel Courtyard By Marriot Kuala Lumpur South, pada Rabu.

Bercerita lebih lanjut, Muaz menyatakan dirinya tidak pernah terfikir untuk memikat Bella selepas tamat waktu edah bekas isteri Aliff Aziz tersebut.

"Saya tak pernah anggap ia sebagai satu peluang yang perlu direbut, tapi apa yang boleh saya cakap kami hanya berkawan.

"Insya-Allah kami akan ada projek bersama dalam waktu terdekat dan kita akan berjumpa nanti. Jadi tak bolehlah nak bermasam muka, sebaliknya kami jalani kehidupan masing-masing dan buat yang terbaik," jelasnya.

Disoal berkaitan sokongan kuat yang diberikan kepada Bella baru-baru ini termasuk kehadirannya dalam satu acara persembahan, Muaz berkata dirinya sentiasa menyokong mana-mana rakan artis yang disenangi.

"Setiap individu ada hak untuk beri sokongan, termasuk juga saya yang memilih untuk menyokong artis-artis lain termasuk orang yang saya senangi.

"Kalau saya ada peluang untuk beri sokongan kepada mana-mana artis seperti yang dilakukan dengan menghadiri teater yang dibintangi Riena Diana dan Elly Suriatie saya akan cuba melapangkan waktu bersama mereka," ujarnya.

BERITA TRENDING: Muaz Zabir Berteka-Teki, Biar Netizen Buat Andaian Siapakah Pemilik Tangan – “Kalau Bella Sekali Pun, Dia Bukan Isteri Orang Lagi”

​BERITA TRENDING: "Dia Wanita Kuat" - Muaz Zabir Doa Yang Baik-Baik Buat Bella Astillah

​BERITA TRENDING: "Aku Takkan Pernah Halalkan Dunia Akhirat, Apa Yang Kau Buat Kat Isteri Aku!" - Aliff Aziz

​BERITA TRENDING: Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"

Terdahulu, aktor berusia 27 tahun itu tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Bella dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan dirinya.

Sebelum ini, Bella disahkan bercerai dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pada 13 Jun lalu di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan

#Gossip #Bella Astillah #Selebriti #hiburan #Pakaian #Muaz Zabir