Hiburan

Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"

gempak
Amri Hassan
26/04/2024
09:49 MYT
Sponsor Banner
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
Senarai yang jarang didengari warganet namun menterjemahkan pelbagai makna yang tersirat.
Jom, crack the code makna di sebalik senarai peribahasa berikut:
1. Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.
Maksud: Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.
2. Rebung tak miang, bemban pula miang.
Maksud: Orang yang bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur
3. Seperti kera dapat bunga, tetapi keluar pula sungai.
Maksud: Seorang individu telah mendapat keuntungan di atas sesuatu tapi penyudahnya adalah kerugian.
4. Tapi jangan risau. Orang banyak berbisik, gajah berlalu.
Difahamkan ia membawa maksud apabila sesuatu yang besar berlaku, lama kelamaan akan senyap dari menjadi perhatian.
Bagaimanapun, perumpamaan dan peribahasa yang dikongsikan Muaz itu tidak dinyatakan ditujukan kepada mana-mana pihak.

BERITA TRENDING: Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan

PILIHAN PEMBACA: Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
BERITA TRENDING: Tak Pernah Terfikir Nak Ada Hubungan Dengan Isteri Orang, Muaz Zabir Hanya Sekadar Mendengar Keluhan Bella
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024