Hiburan

"Mudah-Mudahan Sedar Koma ..." -Ifa Raziah Mohon Doa Semua Pihak Buat Ibu Mertuanya

gempak
Zulaikha Yusof
26/11/2018
22:59 MYT
Sponsor Banner
"Mudah-Mudahan Sedar Koma ..." -Ifa Raziah Mohon Doa Semua Pihak Buat Ibu Mertuanya
Penyanyi Ifa Raziah memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kepada ibu mertuanya, Khizan Zain yang kini kritikal di Wad ICU, Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
Menerusi entri di Instagram miliknya, Ifa berkongsi sebuah video di perkarangan tempat menunggu serta melahirkan rasa syukur kerana ibu mertuanya memberi respon yang positif.
"Alhamdulillah keadaan kesihatan mak mertua ifa semakin positif.
"Mudah-mudahan mak mertua ifa sedar dari koma. Terima kasih yang datang melawat dan yang mendoakan kesejahteraan mak mertua ifa.
"Sesiapa yang mengenali ibu mertua Ifa Khizan binti Zain, beliau sekarang masih kritikal di Wad ICU HKL..
"Ifa sekeluarga memohon doa-doa anda semua semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya. Amin," tulis Ifa.
Rata-rata peminat Ifa meninggalkan komen yang mendoakan supaya ibu mertuanya kembali pulih selepas menerima rawatan.
Namun, Ifa tidak mendedahkan punca sebenar ibu mertuanya dimasukkan ke hospital.
Kami di Gempak mendoakan semoga ibu mertua Ifa kembali sihat seperti sedia kala.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024