,
Suudu

Mudahnya Masak Kupang Sambal Tumis Petai, Confirm Sedap

Azwa Rahman
18/01/2019
04:00 MYT
Ada makanan laut segar tapi tak tahu nak masak apa? Sedap juga kalau buat sambal tumis petai kan. Menerusi minggu terakhir RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam, kami akan kongsikan resipi mudah kupang masak sambal tumis petai.Jumpa lagi musim depan.
Caranya mudah sahaja dan bahan-bahannya pun memang yang sedia ada di dapur anda. Kecuali, petai yang anda kena beli. Namun jumlah petai yang nak diletak dalam masakan terpulang pada anda. Dah sedia?

Bahan-bahan:

  • Kupang
  • Cili Kering (direbus)
  • 1 Labu Bawang Putih
  • 5 Biji Bawang Merah
  • 1 Biji Bawang Besar (dihiris)
  • Belacan
  • Garam
  • Air Asam Jawa
  • Petai

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak.
  2. Kisar bawang merah, cili kering, belacan dan bawang putih bersama sedikit air.
  3. Tumis bahan kisar dan masukkan sedikit air.
  4. Apabila kering, masukkan sedikit air asam jawa.
  5. Tambahkan petai ke dalam masakan dan perasakan dengan garam.
  6. Masukkan bawang besar yang dihiris.
  7. Masukkan kupang dan gaul hingga sebati.
  8. Siap untuk dihidang.
Menyelerakan!
Cukup 13 minggu kami kongsikan resipi-resipi enak dari program RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam. Harap anda telah mencuba masakan yang mereka sediakan dan semoga jumpa lagi musim hadapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Cuma Makan Salad & Kek, Pelayan Dedah Bil Kim Kardashian Cecah Ribuan Ringgit

gempak
20/07/2022
14:49 MYT
Ramai terkejut harga salad & kek Kim Kardashian.
drebar

Kesian, Penghantar Makanan Kena ‘Prank’, 40 Minit Tunggu Di Jirat Cina

gempak
05/02/2021
05:25 MYT
Dia turut menghubungi nombor telefon pelanggan misteri itu sebanyak 10 kali, tetapi panggilan itu tidak dijawab.
Gaya Hidup

Syurga Makanan! 4 Tips Ini Bakal Jadikan Gambar Anda Lebih Menyelerakan

gempak
10/06/2019
08:00 MYT
Unitar