Berita

Muhammad Sanusi Dilantik Menteri Besar Kedah Ke-14

ZULHILMI JALIL
17/05/2020
12:59 MYT
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah petang tadi.
Beliau melafazkan sumpah menyandang jawatan tersebut di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada pukul 3.05 petang di Pejabat Tuanku Sultan Kedah di wisma terbabit, lapor portal Awani.
Sanusi terdahulu diumumkan sebagai Menteri Besar yang baharu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim selepas menerima perkenan daripada Sultan Kedah.
Pelantikan itu dibuat berlandaskan peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat itu menerima sokongan majoriti daripada ADUN-ADUN di negeri itu.
Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah sebelum ini menyandang jawatan Ketua Pembangkang DUN Kedah bermula Mei 2018.
Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah yang ke-11, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Pelantikan tersebut juga menjadikan Sanusi sebagai ADUN dari parti Pas yang kedua menjawat jawatan terbabit selepas kepimpinan Azizan bagi penggal 2008 hingga 2013.
Kerajaan Perikatan Nasional Kedah kini akan mentadbir negeri itu selepas memiliki 15 ADUN dari Pas, 4 ADUN (Bersatu-PN), 2 (Barisan Nasional) dan dua (Bebas).
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 , Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM) dengan majoriti 2,455 undi.
Sumber: Awani Foto: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) Bakal Dibina Tahun Ini

gempak
22/07/2024
17:55 MYT
Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar akan mula dibina tahun ini.
Berita

Remaja Rebah Meninggal Dunia Sebelum Tonton Perlawanan Kedah Lawan JDT

gempak
20/07/2024
04:55 MYT
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Berita

Arca Buddha Yang Dijumpai Penyelidik USM Di Kedah Lebih Tua Daripada Angkor Wat

gempak
30/06/2024
00:28 MYT
Penemuan arca Buddha berbentuk manusia dari abad kelapan hingga kesembilan di kawasan Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, Kedah menunjukkan kawasan itu sebagai tapak keagamaan yang penting pada ketika itu dan lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia.
Hiburan

Diva AA Menari, Penganjur Fiesta Raya Mohon Maaf - “Perkara Itu Di Luar Jangka”

gempak
31/03/2024
16:33 MYT
Penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 tampil memohon maaf secara terbuka
Gaya Hidup

Bulan Bintang, Jersi Choii Bergabung! Lancar Koleksi Baju Eksklusif Raya & Festival

gempak
17/03/2024
12:19 MYT
Buat julung kali, dua jenama pakaian paling viral di malaysia iaitu jersi Choii dan Bulan Bintang bergabung mengeluarkan koleksi jersi dan baju Melayu ‘Choii x Bulan Bintang’ bersempena Hari Raya 2024.