"Mujo Mu Gewe Denge Tino Doh Loni" - Coach Yin Temui Pengganti Sajat

Zulaikha Yusof
Julai 22, 2020 01:49 MYT
Bekas teman lelaki usahawan kontroversi Nur Sajat iaitu Coach Yin memberi gambaran bahawa dia kini sudah mempunyai pengganti dan sedang berkawan rapat dengan seorang wanita bernama Yeen.
Coach Yin memuat naik sebuah rakaman video sedang membeli seutas jam tangan berjenama bersama Yeen di Instagram (IG) miliknya semalam.
Kata Coach Yin, Yeen mempunyai raut wajah seakan pelakon dan pengacara Mira Filzah serta mempunyai ciri-ciri wanita idaman yang diinginkan.
Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-ratanya gembira melihat kebahagiaan Coach Yin di samping mendoakan agar hubungan ini berkekalan.
Terdahulu, Coach Yin pernah meluahkan rasa ditipu selepas Sajat mendedahkan teman lelaki baharunya, seorang model yang dikenali sebagai Jad Issa.
BACA: Sajat Tayang Kekasih Baru Dari Lubnan, Coach Yin Rasa Ditipu!
#sajat #Coach Yin #Pengganti