Bekas pelakon Yatt Hamzah mengakui risau untuk membawa tiga orang anaknya serentak bagi menunaikan ibadah Umrah pada tahun ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Yatt menjelaskan pengalamannya kali ini menunaikan ibadah Umrah adalah berbeza kerana dia dan suami tidak membawa pengasuh bersama untuk menjaga anak-anak mereka ketika berada di Mekah dan Madinah.

"Apa beza Umrah tahun lepas 2017 dan tahun ni 2018? Last year Bonda angkut 2.5 anak. Tahun ni 3 orang anak.

"Tahun lepas Medina dalam perut 7 bulan, Iqlima 11 bulan dan Kak Nia 7 tahun. Tahun ni Medina dah keluar 7 bulan, Iqlima 1 tahun 10 bulan dan Kak Nia 8 tahun. Dan dua-dua bayi ni menyusu badan.

"Mujurlah tak pregnant lagi kali ni dan persamaannya, Bonda pergi dengan suami dan anak-anak sahaja tanpa pengasuh. Haa, mana lagi mencabar?

Apa beza Umrah tahun lepas 2017 dan tahun ni 2018? Last year Bonda angkut 2.5 anak. Tahun ni 3 anak. Tahun lepas #Medina dalam perut 7 bulan, #Iqlima 11 bulan dan Kak Nia 7 tahun. Tahun ni #Medina dah keluar 7 bulan, #iqlima 1 tahun 10 bulan dan Kak Nia 8 tahun. Dan dua2 bayi ni menyusu badan. Mujurlah tak pregnant lagi kali ni! ?? . DAN Persamaannya, Bonda pergi dengan suami dan anak2 sahaja dan tanpa pengasuh. Haa, mana lg mencabar? . DAN kali ni Bonda demam batuk selsema awal2 dah dari Malaysia. Nampak tu muka lesu pucat tak sihat tu.. Mohon doakan Bonda lekas sembuh ya..??? . Baby #Medina Bonda excited bawa awak umrah sbb ni 1st time awak dan awak tanda CINTA Bonda pd MEDINA, Kota Madinah. @sucihayfaamedina @sucihumairaiqlima @sucihananiamalika . #TheSucispergiUmrah #THESUCIS #TheSucisUmrah2018 #bondaYHumrah #UTUS #UTUS2018 #wirasaujana #USRAHSUCI #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #babyYH #LilSuci #lilMujahidah #suci #sucihumairaiqlima #SUCIHANANIAMALIKA #ANAK2BONDAYH #

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on


"Kali ni Bonda demam batuk selsema awal-awal dah dari Malaysia. Nampak tu muka lesu pucat tak sihat tu. Mohon doakan Bonda lekas sembuh ya.

"Baby Medina Bonda excited bawa awak umrah sebab ni 1st time awak dan awak tanda cinta Bonda pada Medina, Kota Madinah," tulisnya.

Rata-rata mendoakan agar segala ibadah yang dilakukan oleh Yatt serta keluarga akan dipermudahkan dan mereka diberikan kesihatan yang baik ketika berada di sana nanti.

Yatt berkahwin dengan juruvideo Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada 27 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima dan Suci Hayfaa Medina.

Dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika hasil perkahwinan terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.