"Muka Ada Bulat, Hati Ada Senang" - Berat Cecah Tiga Angka, Peminat Risau Perubahan Zul Ariffin

Rozaimi Zubaidi
November 28, 2018 05:33 MYT
Peminat pelakon Zul Ariffin melahirkan rasa bimbang dengan perubahan bentuk badannya yang kini sudah mencecah kepada tiga angka.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zul menjelaskan berat badannya kini semakin bertambah dan dia harus berkerja keras untuk menurunkan beratnya.
"Tersenyum memikirkan berat badan yang dah 102kg, kan best kalau boleh stay macam ini selalu.
"Muka ada bulat, hati ada senang. Tapi, kerja punya pasal, kene la turun balik," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui terkejut dengan perubahan yang terjadi pada Zul Ariffin dan mereka juga tidak menjangkakan beratnya kini sudah mencecah sehingga tiga angka.
#pelakon #Zul Ariffin #Pelakon