Bintang Akademi Fantasia, Shahir Zawawi berkongsi keadaan terkini selepas insiden rakaman video di perkarangan unit kecemasan sebuah hospital tular baru-baru ini.
BACA: [VIDEO] 3 Hari Demam, Shahir Dihalang Jumpa Doktor... "Saya Ke Hospital Pukul 2 Pagi Sampai Hampir Kemalangan Tapi ..."
Jelas Shahir, sebahagian wajahnya mengalami kebas dan pembengkakan itu sudah mulai surut.
"Sebarkan senyuman dan kasih sayang, walaupun lubang hidungmu besar sebelah, muka kebas sebelah, senyumlah buat mereka.
"Ini bukan 'until tomorrow' challenge ye, ini bukan cubaan.. ini betul-betul.
"Haiii mambang tanah mambang mabuk minum tody, saya dah ikhtiar ni paling centre saya mampu senyum, kalau tak menarik maaflah ya.
"Alhamdulillah ni pun dah surut banyak bengkak muka saya. Kalau tak dah macam kena gigit tebuan sebelah muka.
"Mungkin ada salah faham gambar saya post seolah-olah senuman sinis. Tidak, memang bahagian kanan muka saya sebenarnya dipenuhi nanah.
"Jadi bengkak dan kebas di dalam. Sebab itu senyum tu senget begitu. Saya masih dalam tempoh rawatan.
"Terima kasih mana yang mendoakan, moga Allah lindungi kita semua," tulis Shahir yang turut berkongsi foto terbaharunya di Instagram.
Bagaimanapun, keadaan terkini pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu mendapat simpati netizen hingga ada yang risaukannya.
Tidak kurang juga ada yang memohon Shahir mendapatkan rawatan sepatutnya seandainya simptom yang diceritakannya itu berkait rapat dengan masalah Bell's Palsy.
Bell’s Palsy, penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve'.
Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan saraf muka.
Menurut kajian, antara simptom Bell's Palsy termasuk muka senget sebelah terutama mata dan mulut tidak simetri (drooping face), tidak boleh menutup mata dengan rapat, otot muka berkerut tanpa kawalan, air liur meleleh disebabkan bibir yang tidak dapat ditutup rapat dan mata serta mulut terasa kering.
“Pesakit hilang upaya merasa di bahagian hadapan lidah (impairment of taste), sensitif terhadap bunyi kuat, pening kepala, pertuturan kurang jelas dan kepayahan makan serta minum.
Terdahulu, Shahir berkunjung ke sebuah hospital di Shah Alam untuk mendapatkan rawatan susulan demam berlarutan selama tiga hari.
Video yang dimuatnaik Shahir itu tular dan mengundang pelbagai persepsi ramai.
"Niat saya kongsikan gambar itu sebenarnya untuk memberitahu saya bukan demam semata-mata untuk keluar pukul 1.30 pagi mendapatkan rawatan.
"Kerana ada yang menyangka saya demam biasa. Cuma dalam sakit tak salah kita lemparkan senyuman," tambahnya.
Foto itu telah dipadamkan dari Instagram Shahir.
Amri Hassan
Sun Apr 12 2020
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.
Anak Dibiar Bau Hancing & Luka-Luka, Bibik Doakan Thalia Baiduri 'Mampus' - "Depan Saya Dia Baik, Tak Tinggal Solat Dhuha"
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri terkejut apabila mengetahui sikap sebenar pembantu rumahnya yang dipanggil Bibik Elly yang tidak berlaku jujur dan melayan anak bongsunya dengan teruk.
Terima Banyak DM, Netizen Minta Caprice Ulas Isu Kekasih Gelap Aliff Aziz - “Makin Lama Makin Banyak Bukti Curang…”
Caprice enggan ulas isu Aliff Aziz.
Azhar Sulaiman Nafi Tumpang Populariti Kasih Iris Leona - “Itu Cara Saya Menegur Dalam Bentuk Jenaka”
Masing-masing ada cara tersendiri.