Pelakon Nina Iskandar mendedahkan terdapat individu yang menyerangnya dengan kata-kata kesat selain cubaan mengugut dirinya di Instagram.

Lebih menghairankan, apabila individu tersebut turut mendakwa dirinya sebagai peminat Nina.

Menurut Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 28, individu berkenaan dipercayai bertindak sedemikian selepas dia menyekat akaun Instagramnya.

"Ish..ish..ish.. Muka cantik, nama cantik, perangai dan bahasa macam haram. Fan apoo kalau sampai kena block. Mesti ada sebab kau kena block, sebab I bukan seorang yang sesuka hati nak block orang.

"Datang ke IG orang, beradab sikit, kalau tak kau kena block. Sebelum nak sial-sial kan orang, kau fikir dulu," luah Nina.



Pelakon drama Papa Ricky itu turut berkongsi paparan Direct Message (DM) yang dikirim individu berkenaan.

Selain melemparkan kata-kata kesat, individu itu turut menggelar Nina sebagai pengecut.

"Bodoh apa pergi block aku. Pengecut. Aku ada bersepah lagi akaun. Menyesal jadi peminat kau Aku akan usha IG kau. Siaplah kau kalau ada ecent mana-mana.Sumpah aku sabotaj kau," tulis individu tersebut.




Bagaimanapun, Nina memberitahu dia tidak terkesan dengan ugutan tersebut kerana dirinya dilindungi oleh undang-undang.

"Nampak sangat hati tu penuh dendam. Kalau berani buat, bukan negara ini tiada undang-undang. Tak payah tunjuk berani melalui media sosial atau kata-kata je," tulisnya di ruangan Insta Story.