Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Muka Disamakan Dengan Suami Bekas Isteri Pertama, Datuk Red Anggap Diri Lebih Kacak - "Saya Rasa Saya Lagi Handsome"

Firdaus
05/08/2024 23:55 MYT
Wajah dikatakan seakan-akan seiras dengan suami bekas isteri pertama, usahawan, Datuk Red berkongsi reaksinya tentang komen yang diberi oleh netizen.

Datuk Red atau pemilik nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu, 46, menyatakan dirinya tiada masalah jika dibandingkan dengan suami bekas isteri pertamanya, Rohana Samsuddin.

"Saya rasa saya lagi handsome...

"Saya rasa saya lagi handsome, jadi saya tak ada masalah. Tapi hubungan saya dengan suami bekas isteri pertama baik sebab dia jaga anak saya," seloroh Datuk Red.

Hubungan Dalam Keadaan Baik

Dalam pada itu, Datuk Red mendedahkan bahawa hubungannya dengan lelaki itu berada dalam keadaan baik kerana suami bekas isteri pertamanya menjalankan tanggungjawab sempurna terhadap kedua cahaya matanya.

"Saya ada dua anak dengan bekas isteri pertama saya. Yang pertama dah besar dan yang kedua masih belajar lagi. Saya kalah dekat situ sebab dia baik jaga anak saya.

"Kami tiada gaduh-gaduh, dengan bekas isteri pun hubungan saya baik-baik sahaja. Kami berpisah dengan cara baik," katanya ketika dihubungi Gempak.

BERITA TRENDING:Datuk Red Jumpa Bekas Isteri Pertama Bersama Suami Baharu? Netizen: “Muka Suami Baharu Dengan Tok Red Lebih Kurang”

​BERITA TRENDING:Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh

​BERITA TRENDING:"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

​BERITA TRENDING:"Hari Ni Hari Ke-5 Kami Couple" - Datuk Red & Adira Kembali Bercinta?

Sekadar info, menurut Datuk Red dia berpisah dengan Rohana, 46, ketika berumur 19 tahun sebelum berkahwin kali kedua dengan Datin Red.

Status isteri pertama kemudian diberikan kepada Datin Red selepas Datuk Red berpisah dengan Rohana.

Datuk Red kemudiannya berkahwin kali ketiga dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red.
#Adira #Isteri #Datuk Red #hiburan #Hubungan