Berita
“Muka Hodoh & Hitam, Hidung Besar Pun Boleh Jadi…”- Terima Kata-Kata Kesat, Nabila Razali Sedih Bakatnya Dipertikai
Nabila Razali sedih apabila ada netizen yang mengecam serta mempertikaikan bakat nyanyian dan lakonannya dalam industri muzik tanah air.
Malah lebih teruk lagi, Nabila didakwa telah menggunakan cara yang tidak senonoh untuk diterima berlakon dalam sebuah stesen televisyen.
“Hoi su*dal, kau mengangkang dengan orang TV* mana yang dapat job berlakon hah?
“Ish bab* lah muka hitam hodoh dan hidung besar pun boleh jadi heroin.
“Menyanyi pun macam kartun nak berlakon ish geli.
“Tolonglah tengok cermin muka kau tu, sedar diri kau tu tak berbakat,” berikut antara potongan kata kata penghinaan yang dihantar seorang pengguna media sosial kepadanya.
Kata-kata kesat itu diterima Nabila di dalam mesej peribadi (DM) yang dihantar oleh seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama akaun @nobody! melalui Instagram miliknya.
Tambah netizen itu lagi dalam DM yang dihantar panjang lebar, dia mendakwa rakan-rakan seperjuangan Nabila di Akademi Fantasia 2013 (AF2013) tidak mahu berkawan dengannya.
“Memang patut kawan AF kau mengata kau sebab mereka pun tak sanggup nak berlakon ‘fake’ dekat kau lah ‘chipmunk’ (panggilan netizen kepadanya),” katanya.
Pelantun lagu Peluang Kedua itu mendedahkan paparan skrin tersebut di sebuah entri IG.
Menurut Nabila, dia sedih dengan apa yang diterima kerana tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain.
“Sesungguhnya, saya tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain. Ini sangat menyedihkan,” katanya.
Tidak hanya itu,selain kecaman, netizen itu juga mahu melihat Nabila mati.
“Kenapa ah kau tak mamp*s je, senang bagi orang lain menyanyi lagu tu lagi sedap,” kata netizen itu lagi.
Pun begitu, Nabila menutup komen di entri yang menunjukkan paparan skrin mesej netizen itu.
Bagaimana pun posting tersebut telah dipadam Nabila dan tidak lagi berada di IG miliknya.
Must-Watch Video