Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

”Muka Sama, Comel” – Nina Ismail Sabri Jadi Perhatian, Ramai Teka Nampak Macam Video ‘Pre-Wedding’

Ainun
24/09/2024 13:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila sebuah akaun di aplikasi Thread memuat naik video yang kelihatan seperti pre-wedding bersama jejaka dikenali sebagai Hafiz Osman.

Seolah-olah memberi bayangan hari bahagia bakal tiba tidak lama lagi, video pendek yang dikongsi oleh sebuah Syarikat fotografi itu merakamkan Nina dan Hafiz sedang ditemu duga dan berjalan bersama-sama.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keserasian pasangan tersebut, malah ada yang menyatakan wajah mereka kelihatan seiras.

Antara komen yang ditinggalkan:

“Muka samalah”

“Mereka kelihatan serasi bersama”

“Rupanya berjodoh dari kecil lagi”

Sebelum ini, Nina pernah berkongsi beberapa foto bersama kawan-kawannya dan menjadi perhatian netizen apabila kapsyen yang ditulisnya seperti bakal menamatkan zaman solonya.

Nina dan Jovian pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013, namun berpisah secara baik pada bulan Ogos tahun lepas.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak.

BERITA TRENDING: Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

BERITA TRENDING: Dafi Dedah Punca Tak Ada Dalam Gambar Keluarga, ‘Tutup Mulut’ Mengenai Dakwaan Kakak Bakal Nikah - “Nak Buat Macam Mana, Saya Ada…”

BERITA TRENDING: Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

BERITA TRENDING: Lelaki Kacak Disamping Nina Ismail Sabri Curi Perhatian, Ramai Rakan Ucap Tahniah

#Perkahwinan #Nina Ismail Sabri #Video