Suami kepada pelakon Emma Maembong, Muhammad Shazli Azhar mencuri perhatian apabila berkongsi foto kembar seirasnya.

Menerusi laman sosial Instagram, Shazli memuat naik sekeping foto bersama kembarnya yang dikenali sebagai Muhammad Shaznin Azhar untuk tatapan umum.

“Have a good day,” tulis Shazli ringkas sebagai kapsyen foto bersama Shaznin.

Have a good day ? @shaznin.a

A post shared by @ shazli.a on

Shaznin, 32, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda di Royal Melbourne Institute of Technology.

Kini dia menjawat jawatan sebagai eksekutif kanan di Malaysian Airports.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji ketampanan kembar seiras ini.

“Segaknya kembar,” puji seorang wargamaya.

“Eh kenapa muka sama, foto edit ke?” usik seorang wargamaya.

“Mana satu abang, mana satu adik?” tanya seorang wargamaya.

“Jangan Emma tertukar suami sudah la,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, Shazli mengumpul seramai 173,000 pengikut manakala Shaznin mempunyai 14,000 pengikut di Instagram.

Sekadar info, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.