"Mula Dengan Kahwin, Beranakkan Anak Saya Dan ..." - Elfira Kongsi Kisah Terbaik Sepanjang 2019

Amri Hassan
Disember 31, 2019 03:53 MYT
Tahun 2019 hampir berlabuh dan tahun 2020 hampir tiba tidak lama lagi. Masing-masing pun punyai resolusi sendiri dan memasang azam tahun baru.
Sama seperti pelakon genit Elfira Loy yang turut berkongsi kisah terbaik sepanjang tahun 2019.
Kata Elfira, dia bersyukur dilimpahkan kebahagiaan dalam kehidupan terutama tahun ini yang memberikan dua gelaran berbeza dalam hidupnya; isteri dan ibu.
"Mulanya tahun ini dengan berkahwin, kemudian berbulan madu ke Makkah bersama suami.
"Selepas itu kejutkan dia dengan ujian kehamilan. Beranakkan anak saya dan sudah tentulah selfie!
"Alhamdulillah syukur untuk kehidupan dan kebahagiaan yang Allah berrikan. Semoga diberkati dan dilindungi selalu," tulis Elfira.
Tambahnya, dia punyai pelbagai perancangan menarik pada tahun 2020 dan teruja untuk berkongsikan pelbagai khabar gembira buat peminatnya.
"Saya ada beberapa projek untuk dikongsikan kepada anda semua dan saya sudah tidak sabar lagi!
"Tapi anda sudah tengok saya dari kecil, rasa-rasa apa misi saya untuk tahun hadapan?" soalnya semula.
Elfira dalam pada itu berkongsi foto 'best nine' yang mendapat jumlah likes paling banyak sepanjang tahun 2019.
Elfira dan suami, Khairol Faris Anuar telah berkahwin pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu, Muhamad Rayyan Khalaf.
#pelakon #Elfira Loy #Pelakon #Best Nine