Hiburan
Mula Minat ‘Dunia’ Mobilegrafi, Aeril Zafrel Lebih Cenderung Ambil Gambar Yang....
Melihat kepada kesibukan dalam bidang bisnes serta perjalanan kariernya sebagai pelakon, siapa sangka aktor Aeril Zafrel rupanya mempunyai minat tersendiri dalam bidang mobilegrafi.
Menurut Aeril, dia mula berjinak dalam mobilegrafi terutamanya selepas dilantik menjadi duta telefon pintar jenama Xiaomi sejak 10 bulan lalu.
"Sekarang ni memang saya kerap ambil gambar. Walaupun bukan terlalu pakar dalam dunia fotografi saya melihat ia sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
"Saya ni tidaklah terlalu teliti seperti jurugambar profesional tetapi apa yang penting adalah keperincian gambar tersebut. Saya suka zum untuk lihat kejelasan gambar," katanya.
Menurutnya, jika sesetengah individu lebih menyukai penggambaran berbentuk pemandangan, namun dia memilih sebaliknya.
"Bila jadi bapa ni, kita lebih cenderung untuk ambil gambar anak dan keluarga.
"Jadi saya suka abadikan momen-momen manis anak dan keluarga dalam sesuatu gambar itu," katanya.
Aeril ditemui ketika majlis pelancaran Redmi Note 8 Pro dan Note 8 Pro yang berlangsung di Subang Jaya Industrial Estate, semalam.
Redmi Note 8 Pro merupakan telefon pintar pertama menggunakan lensa 64 megapiksel (MP).
Variasi Note 8 menggunakan Snapdragon 665 AIE manakala Redmi Note 8 Pro menggunakan pemproses kelas perdana MediaTek iaitu MediaTek G90T.
Must-Watch Video