Banyak daripada kita sering menzahirkan rasa suka atau tidak suka terhadap sesuatu perkara. Bahkan, pernah timbul ‘amaran’ yang berbunyi: ‘Jangan benci sangat, nanti jatuh suka!’.
@magnayad Menarik pula topik @Viu Malaysia keluarkan haritu. Haha Siapa ada pengalaman #tersukatanpasengaja #bencitapicinta , cer komen sikit. Haha mesti banyak je contoh kan. Yang diberi dalam video ni contoh berdasarkan org sekeliling je ya. Hehe #MinViuBorak #viumalaysia #sembangentertainment #fyp #cinta #masukberandamu ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)
Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial di platform TikTok, individu tersebut memberi contoh mengenai satu situasi yang sering didengar seperti keengganan bercinta dengan orang Kelantan.

Selain itu, dalam situasi berbeza, mungkin ada yang tidak suka dengan lelaki atau wanita yang dilabel sebagai ‘anak emak’. Namun, kalau sudah namanya jodoh, maka berjodohanlah dengan ‘anak emak’.



Pengguna media sosial itu memberi pandangan berdasarkan hantaran poll yang dibuat oleh Viu Malaysia mengenai isu serupa, berkenaan topik benci bertukar cinta.



Berdasarkan keputusan yang diterima dan komen-komen yang ditinggalkan netizen di Facebook Viu Malaysia, banyak respons yang dilihat mengiyakan tentang kenyataan tersebut, dan ia selari dengan jalan cerita drama bersiri terbaharu, My Boss lakonan Cheng Xing Xu dan Zhang Ruo Nan.



My Boss mengisahkan tentang Cheng Yao, seorang peguam baru yang mendapat pekerjaan di firma guaman berprestij telah menyewa bilik yang berdekatan dengan tempat kerja. Dia tidak bergaul dengan rakan serumah, tetapi tetap optimis dengan pekerjaan baharunya.



Segalanya berjalan lancar sehinggalah dia tersedar yang rakan serumah merupakan bos di tempat kerja baharunya.

Strim My Boss menerusi aplikasi Viu di Astro Ultra Box dan Ulti Box.