“Mula-Mula Pakai Panas, Berkuap, Terasa Peluh Mengalir Tapi…”- Noorkhiriah Kongsi Pengalaman Pakai Jubah

Syafiqah Jalal
November 7, 2019 23:00 MYT
Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia pernah berasa tidak selesa ketika mula-mula menutup aurat penuh dengan memakai jubah.
Namun Noorkhirah berkata dia tetap terus dengan imej berkenaan kerana merasakan diri seperti dilindungi dan selamat dengan pemakaian tersebut.
"Mula-mula pakai begini panas dik oii.. Berkuap.. Terasa peluh mengalir je tapi dalam pada masa yang sama rasa macam dilindungi.
"Pakailah macam mana cara nak pakai pun asalkan tutup apa yang wajib... Akak dulu macam sebelah tu gak.. Tapi Alhamdulillah last-last terasa nak berkelubung.
“Selain dari memudahkan bila kat mana saja tapi belum baik mana pun.. Masih lompong sana sini... Masuk air lagi kepala ni.
"Cuma bila dah berkelubung macam ini rasa nak buat nakal tu berfikir 10, 11 kali,” tulisnya.
Bintang All Stars Buka Panggung itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Noorkhiriah berkongsi fotonya dengan busana jubah.
Noorkhiriah juga berharap wanita-wanita Islam lain turut berjaya mengikut cuba berpakaian mengikut tuntutan-Nya.
“Akak doakan semua wanita-wanita yang cantik manis saudara seislam.. Berjaya dengan perintah Dia..
"Jika akak terlupa tolong ingatkan cuma cara biarlah berbahasa kitakan bersaudara,” katanya lagi.
Entri tersebut turut memberikan inspirasi dari pengikutnya yang cuba berubah ke arah kebaikan.
#pelakon #Tudung #Hijab #Pelakon #Hijrah #noorkhiriah