Hiburan

"Mula-Mulanya Mengadu Kebas Tangan & Lenguh Badan" - Izam EYE Diserang Angin Ahmar!

Amri Hassan
25/06/2019
11:22 MYT
Bekas bintang rancangan realiti Gema Gegar Vaganza, Izam EYE dikejarkan ke Hospital Serdang akibat serangan angin ahmar selepas pulang dari Kuantan, Pahang, semalam.
Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad, 51, yang dahulunya pernah menjadi vokalis kumpulan EYE difahamkan mengadu kebas tangan dan lenguh badan apabila tiba di kediamannya sekitar pukul 4 pagi.
“Abang Izam tiba di rumah jam 4 pagi dan mengadu rasa seperti kebas tangan serta lenguh badan.
“Saya memintanya berehat dan dia tidur selepas Subuh. Apabila bangun kira-kira jam 10 pagi, dia tidak boleh angkat tangan dan kaki.
“Seterusnya pada jam 1 tengah hari pula, dia langsung tidak boleh berdiri, tidak bermaya dan rebah di ruang tamu.
"Keadaannya tidak stabil dan saya segera membawanya ke Hospital Serdang,” kata isteri kedua Izam, Rosmawati Hassan kepada Harian Metro.
Menurutnya, Izam ditempatkan di zon kritikal wad kecemasan dan pemeriksaan doktor mendapati dia mengalami angin ahmar ringan.
“Tekanan darah abang Izam terlalu tinggi. Dia memang tak makan ubat darah tinggi dan ini membahayakan kesihatannya.
“Buat masa ini doktor sedang memantau darah tingginya dalam tempoh 24 jam dan belum membenarkan dia masuk wad serta masih dalam keadaan sedarkan diri.
“Semalam doktor membuat imbasan untuk tengok sekiranya ada pendarahan dalam otak tapi tak nampak apa-apa. Begitupun, doktor akan buat ujian ini sekali lagi untuk memastikan tiada pendarahan kerana takut kemungkinan berlaku sesuatu yang lebih serius,” katanya.
Rosmawati berkata, bacaan darah tinggi suaminya mencecah 210 dan risiko untuk lumpuh sepenuhnya jika dibiarkan.
“Alhamdulillah, setakat ini baru dikesan angin ahmar ringan dan harapnya tiada yang serius,” katanya.
Selain Rosmawati, Izam turut mempunyai isteri pertama iaitu Hayatie Rahmat dan dikurniakan tujuh anak.
EYE mencipta populariti pada era 1990-an menerusi lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati, Kau Tetap Di Jendela Kenangan Ku, Bimbang Serumpun Kasih Terbuang dan banyak lagi.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sathia Syukur Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar - “Belum Boleh Pandu Kereta, Kaki Kanan Tak Kuat Sepenuhnya”

gempak
25/07/2024
06:55 MYT
Pelawak veteran, Sathia bersyukur keadaan kesihatannya sudah beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital selepas terkena serangan angin ahmar ringan 16 Julai lalu.
Laman Utama

Bergadai Emas Buat Modal Jual Kerepek, Ali XPDC Syukur Diberi Peluang Kedua - "Allah Dah Tarik Nikmat Suara ..."

gempak
30/04/2022
13:25 MYT
Vokalis kumpulan XPDC, Ali bersyukur diberikan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan ketika ini.
Berita

Tampil Gaya Berjubah, Vokal Izam EYE Masih Hebat Seperti Zaman Muda

gempak
29/10/2018
11:45 MYT
Berita

Lari Daripada Imej Penyanyi Nasyid, Fitri Haris Mahu Cuba Genre Berbeza

gempak
31/08/2018
09:19 MYT
Viral

"Penyanyi Wanita Berhijab Nak Menyanyi Silakan, Tapi Tak Payahlah Menari" - Pendakwah Nasihatkan Wani?

gempak
26/07/2018
07:37 MYT