Penyanyi antarabangsa Shawn Mendes melahirkan rasa teruja apabila bertemu empat mata dengan kumpulan k-pop terkenal, BLACKPINK.

Menerusi laman sosial Intagram, Mendes, 21, berkongsi sekeping foto bersama Lisa, Jisoo dan Jennie dari kumpulan itu beserta kapsyen emoji hati.

Pertemuan itu dirakamkan di Korea apabila tiga anggota BLACKPINK tersebut menghadiri konsert Mendes yang berlangsung di KSPO Dome, Seoul pada 25 September lalu.



Lisa, Jisoo dan Jennie turut berkongsi momen gembira mereka menghadiri konsert Mendes di IG Story masing-masing.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya terutamanya peminat-peminat dua selebriti popular itu gembira dengan pertemuan tersebut.

Mendes yang kini berada di Shanghai, China telah memulakan siri jelajahnya, Shawn Mendes: The Tour di benua Asia.

Selesai konsert di Seoul, dia akan mengadakan konsert di Shanghai pada 28 September dan seterusnya di Bangkok, Thailand pada 1 Oktober.

Peminat di Malaysia sudah tidak sabar menantikan konsert Mendes yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 5 Oktober ini.