Hiburan

"Mula-Mula Tengok Ingat Tak Pakai Seluar" - Netizen Tak Puas Hati Dengan Gaya Betty Rahmad

gempak
Zulaikha Yusof
07/02/2020
05:06 MYT
Sponsor Banner
"Mula-Mula Tengok Ingat Tak Pakai Seluar" - Netizen Tak Puas Hati Dengan Gaya Betty Rahmad
Pelakon Betty Rahmad, 38, ditegur pengguna laman sosial apabila memakai baju koyak dengan seluar legging berwarna kulit.
Betty bagaimanapun telah meletak bersama hashtag #sayapakaiseluar disebabkan warna yang dipilihnya itu.
Rata-rata pengikut yang tidak berpuas hati mengkritik menganggap gaya tersebut tidak sesuai kerana menimbulkan fitnah dan salah faham.
"@rosnikidam: Masyarakat saya orang asli pun tak pakai baju macam ni. Walaupun tak Islam."
"@akmaliza: Kalau dah tau orang akan salah faham pakailah yang sesuai."
"@hanahaziq: Mula-mula tengok ingat tak pakai seluar. Ahahaha haru betul."
"@safiyya.hana: Siapa yang tengok macam tak pakai seluar sila zoom okay."
"@cpaishah: Uishh terkejut dan terkentut ingat tak pakai seluar."
Walaubagaimanapun, Betty memilih untuk tidak membalas komen pedas yang ditinggalkan di ruangan IGnya.
Betty dan suami, Ardy Damis mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ardy Wira yang kini berusia setahun.
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live